Keluarga jumpa pelajar perempuan wajah seiras arwah Siti Sarah demi ubati rindu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: shuibsepahtu/Instagram
SIK: Kerinduan keluarga penyanyi, Siti Sarah Raissuddin terhadap Allahyarhamha terubat selepas bertemu Nur Miza Najla Mustaffa yang sebelum ini tular kerana mempunyai wajah seiras penyanyi lagu Kesetiaan itu.
Kisah itu mendapat perhatian warga net selepas suami Allahyarhamha yang juga pelawak dan penyampai radio, Shuib, 39 tahun, memuat naik video pertemuan berkenaan dengan Nur Miza, 9 tahun, di Instagram miliknya.
Video itu menunjukkan bapa Siti Sarah, Raissuddin Hamzah, 67 tahun, Uwais Alqarni, 11 tahun, dan ibu tiri Allahyarhamha, Siti Fatimah Suberi, 36 tahun atau Makde datang bertemu dengan Nur Miza.
Sekalipun Shuib tidak dapat turut serta tetapi ada membuat panggilan video ketika pertemuan berkenaan.
"Masya-Allah comelnya, mcm dia (Siti Sarah) masa kecik-kecik (kecil), budak sekolah rendah Allah Maha hebat.….. Uwais pergi tak ajak. Kirim salam adik Miza. Ade rezeki nak jumpa nanti.
"Semoga ada rezeki bertemu kamu," tulis Shuib di kapsyen IG miliknya, lapor BH Online.
Berkongsi kisah berkenaan, ibu saudara Nur Miza Najla, Nur Atira Nasaruddin, 23 tahun, berkata, pertemuan itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang, pada Jumaat (7 Jul).
Menurut Nur Atira , keluarga Allahyarhamha Siti Sarah meluangkan masa selama beberapa jam sebelum pulang.
"Seminggu sebelum, saya dihubungi keluarga Allahyarham (Siti Sarah) yang menyatakan hajat mereka untuk bertemu Miza (nama panggilan).
"Semalam, mereka sekeluarga datang tetapi tanpa Shuib dan luangkan masa sampai malam.
"Nampak bapa Allahyarham (Raissuddin) yang paling teruja bersembang malah ada juga tunjukkan gambar Allahyarham ketika kecil selain beri hadiah tudung kepada Miza," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kisah Nur Miza Najla yang memiliki wajah seiras penyanyi, Allahyarhamha Siti Sarah dan tular selepas videonya dikongsikan oleh ibu saudaranya, Nur Atira.
Nur Miza Najla yang juga murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), sedar persamaan itu dan mengakui meminati Siti Sarah walaupun tidak pernah bertemu dengan Allahyarhamha.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.