Kelentang Kelentong Iskandar Ismail 'menjadi', sekali lagi duduki tempat pertama di GV
Penyanyi Singapura Iskandar Ismail sekali lagi menduduki tempat pertama di Gegar Vaganza 12 (GV12) pada minggu kelima (30 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Penyanyi Singapura Iskandar Ismail sekali lagi menduduki tempat pertama di Gegar Vaganza 12 (GV12) pada minggu kelima (30 Nov).
Iskandar Ismail yang menonjolkan sisi lebih bersahaja daripada biasa dengan menyanyikan lagu Kelentang Kelentong, lagu asal oleh Hael Husaini, berhasil mencuri dan mencuit hati para juri.
Iskandar meraih markah 74.50 peratus, lapor Gempak.
Juri Hetty Koes Endang yang mesra disapa sebagai Bunda menyifatkan persembahan Iskandar sebagai "sangat bagus" dan berkata penyanyi Singapura itu "layak untuk ke pusingan akhir”.
“Interaksi kamu bersama penonton sangat bagus dan vokal kamu juga stabil. Menurut Bunda, persembahan kamu bagus pada malam ini.
“Cuma jangan cepat selesa sebab perjalanan masih panjang,” kata Hetty.
Bagi minggu kelima ini, tiada penyingkiran dibuat dan kesemua 11 peserta akan mara ke minggu keenam pada (7 Dis), dengan tema Metafora.
Berikut merupakan markah bagi minggu kelima GV12:
Iskandar Ismail: 74.50%
Mendua: 67.25%
Nubhan: 67.25%
Korie: 66.25%
Ruri Repvblik: 65.25%
Freshies: 65.00%
Mark Adam: 64.50%
Krisya: 63.75%
Mell Sakura: 63.50%
Shae: 59.50%
Rahmat Ekamatra: 56.00%

Sumber : BERITA Mediacorp//Agensi berita/NK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.