Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kek Champion 3 kembali dengan konsep bertema; hos Huda Ali 'hilang' selama 4 episod

Rancangan yang ditabalkan paling popular di Pesta Perdana 2021, Kek Champion, kini kembali buat musim ketiga dan sudahpun menayangkan episod keduanya pada Selasa (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kek Champion 3 kembali dengan konsep bertema; hos Huda Ali 'hilang' selama 4 episod

(Gambar: Mediacorp Suria/Instagram)

BERITAmediacorp: Rancangan yang ditabalkan paling popular di Pesta Perdana 2021, Kek Champion, kini kembali buat musim ketiga dan sudahpun menayangkan episod keduanya pada Selasa (14 Jun).

Yang jelas, set yang lebih moden dan berwarna-warni serta pelbagai gelagat menarik para peserta yang ikut bertanding terus menjadikan rancangan tersebut seronok untuk ditonton.

Malah, musim ketiga ini yang menampilkan 12 peserta, turut memperkenalkan juri baru Cef Juwanda, selain dua lagi juri, Cef Fazley Ya'akob dan Cef Zan.

Kek Champion 3 juga dihoskan Huda Ali dan Cef Bob.

huda ali chef bob
(Gambar:@thegrumpysocialist/Instagram)

Huda berkongsi keistimewaan rancangan musim ini: "Saya suka bila tiap-tiap episod di Kek Champion itu bertema. Jadi setiap minggu kita dapat 'dress up' sebagai watak tertentu. Ada satu episod itu Cef Bob jadi juruterbang!"

CABARAN TERBESAR HUDA

Keseronokan Huda diundang kembali sebagai hos Kek Champion 3 bagaimanapun dihambat jangkitan COVID-19 yang dialaminya semasa sesi rakaman.

"Saya terpaksa cuti selama empat episod. Saya cuma hadir untuk episod pertama, selepas itu kembali selepas episod ke-6. Sedih kerana tidak dapat mengikuti perkembangan para peserta.

huda ali
(Gambar: @yanni_andayanni/Instagram)

"Tup tup... dah tinggal lima peserta bila saya kembali. Tak sempat berkenalan tiba-tiba dah habis rakam semua episod," kongsi ibu dua anak itu.

"Chef Bob jadi juruterbang (bagi satu episod) tapi memandangkan saya kena COVID, saya jadi pramugari yang 'work from home'!" gurau Huda.

DAPAT DINIKMATI SEISI KELUARGA

Yang pasti, Kek Champion 3 adalah satu rancangan yang dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat.

"Kek Champion sebuah rancangan yang bukan sahaja untuk mereka yang minat pada 'baking'.

"Ia sesuai untuk seisi keluarga nikmati, menonton dan belajar bersama!

"Banyak juga kuih-kuih yang saya tak pernah dengar dan tak tahu pun wujud," ujar Huda.

Kek Champion 3 boleh ditonton melalui meWATCH dan saluran Suria setiap Selasa pada 8.30 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan