Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kediaman, 4 kenderaan Datuk Vida disita kerana gagal langsai hutang lebih RM1 juta

Kediaman dan empat kenderaan milik usahawan kosmetik dari Malaysia, Hasmiza Othman yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida, disita pada Isnin (25 Nov) selepas beliau gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta (S$301,918).

Anggaran Waktu Membaca:
Kediaman, 4 kenderaan Datuk Vida disita kerana gagal langsai hutang lebih RM1 juta
Diterbitkan : 26 Nov 2024 08:49AM Dikemas Kini : 26 Nov 2024 09:22AM
IPOH: Kediaman dan empat kenderaan milik usahawan kosmetik dari Malaysia, Hasmiza Othman yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida, disita pada Isnin (25 Nov) selepas beliau gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta (S$301,918).

Menurut laporan akhbar tempatan di Malaysia, perintah sita dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas beliau tidak membayar hutang berjumlah RM 1,060,285 (S$320,566) daripada kontraktor yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja ubah suai kilangnya di Shah Alam menjadi sebuah studio.

Bailif Mahkamah Tinggi Ipoh yang ditemani oleh peguam Samir Zainal dan wakil subkontraktor, Mohamad Taufik Kamarul, tiba di kediaman Hasmiza di Persiaran Bukit Meru pada pukul 9.00 pagi Isnin (25 Nov).

Namun mereka hanya dibenarkan masuk pada sekitar pukul 10.30 pagi selepas kakitangan Hasmiza tiba di kediamannya.

Menurut Encik Samir, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan penghakiman pada 29 Oktober tahun lalu di mana ia memerintahkan Hasmiza supaya menyelesaikan hutang tersebut.

Jika beliau gagal berbuat demkian, writ rampasan dan penjualan akan dikeluarkan.

"Semua barang di dalam rumah, kecuali bilik berkuncinya, telah ditandakan oleh bailif selepas hampir empat jam.

"Dia mempunyai tempoh dua minggu sehingga 9 Disember ini untuk melunaskan hutang atau jika tidak, kesemua barang itu akan dilelong," katanya seperti dinukil dalam laporan akhbar.

Encik Samir turut mendedahkan bahawa kakitangan Hasmiza memaklumkan bahawa usahawan itu kini berada di China dan beliau akan menghubungi pihaknya tidak lama lagi.

Proses sitaan turut dijalankan dengan kerjasama penuh daripada kakitangan usahawan kosmetik tersebut.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan