Kedai Pop-Up BTS bakal membuka tirainya di Dubai pada 9 September
Anggaran Waktu Membaca:

Kumpulan K-Pop, BTS. (Gambar: BTS/Facebook)
DUBAI: Selepas mendapat sambutan hangat di beberapa lokasi di seluruh dunia. Kedai Pop-Up BTS bakal membuka tirainya di Dubai.
Memetik laporan Arab News, “BTS Pop Up: Space Of BTS” bakal beroperasi di Burjuman Mall bermula 9 September hingga 8 Disember 2022 dan menawarkan pengalaman menakjubkan buat para peminat BTS.
Peminat BTS di Dubai kini berpeluang mendapatkan produk barangan eksklusif termasuk koleksi kegemaran peminat termasuk pakaian, bag, alat tulis, poster dan pelbagai barangan yang menggunakan logo BTS, lapor astroAWANI.
Projek Kedai Pop-Up BTS yang pernah ‘singgah’ ke beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Korea, Indonesia dan Malaysia menerima sambutan luar biasa daripada peminat BTS.
Sementara itu, label pengurusan BTS, Hybe menyatakan bahawa hanya 40 pengunjung dibenarkan masuk ke kedai pada satu masa.
“Pengunjung tidak boleh bawa makanan, minuman atau haiwan peliharaan,” maklum Hybe, seperti dinukil astro AWANI.
Lebih menarik, peminat BTS yang berkunjung ke sana boleh menikmati pengalaman bergambar di zon bergambar yang menampikan ciri interaktif bertema BTS termasuk zon dedikasi khas program realiti “BTS in the Soop”.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.