Kebakaran besar di Los Angeles: Pengumuman pencalonan Oscars ditunda, deretan rumah artis Hollywood hangus
Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Kebakaran besar yang melanda California bertambah buruk dengan masalah kekurangan air bersih yang kronik selepas saiz kebakaran hutan yang melanda sebahagian besar kawasan di Los Angeles meningkat lebih empat kali ganda sejak awal pagi Khamis (9 Jan).
Syarikat media AccuWeather menganggarkan kerosakan dan kerugian akibat kebakaran hutan di California berjumlah antara AS$52 bilion hingga AS$57 bilion (S$71 bilion - S$77 bilion).
Academy of Motion Picture Arts and Sciences menunda pengumuman pencalonan untuk Anugerah Oscars yang akan datang selama dua hari ke 19 Jan berikutan kebakaran hutan yang berterusan di kawasan Los Angeles, lapor media Amerika Syarikat (AS) memetik surat daripada akademi itu, menurut Sputnik/RIA Novosti.
"Kami ingin menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang terjejas akibat kebakaran dahsyat di seluruh California Selatan. Ramai ahli kami dan rakan industri tinggal dan bekerja di kawasan Los Angeles, dan kami sentiasa memikirkan anda," menurut surat yang disiarkan oleh CBS News itu.
Akademi turut memanjangkan tempoh pengundian untuk memilih pencalonan selama dua hari sehingga 14 Jan.
Majlis Anugerah Oscars 2025 dijadualkan berlangsung pada 2 Mac.
Rumah beberapa artis Hollywood juga hangus menjadi korban kebakaran itu.

Mereka termasuk Paris Hilton, Billy Crystal, Adam Brody, Anthony Hopkins, Mandy Moore serta Mark Hamill dan James Woods.
Pelakon, Jamie Lee Curtis, yang terpaksa meninggalkan rumahnya mendermakan AS$1 juta (S$1.37 juta) kepada usaha bantuan.
Sumber : Agensi berita/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.