Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Keadaan kesihatan Yasin membimbangkan, berat badan banyak susut, kata abangnya

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan kesihatan Yasin membimbangkan, berat badan banyak susut, kata abangnya

(Gambar: Yasin Sulaiman/Instagram)

PETALING JAYA: Zain Sulaiman, abang kepada penyanyi popular, Muhammad Yasin Sulaiman tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi keadaan adiknya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis (12 Jan). 

Mengakui sedih dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menolak representasi dikemukakan Yasin, Zain berkata, walau apa keputusannya, mereka akan terus berada bersama penyanyi dan komposer itu.

Namun, tegas Zain, apa yang membimbangkannya ialah keadaan kesihatan adiknya sehinggakan berat badannya semakin menyusut.

“Rasa sedih itu memang ada tapi itu lumrah hidup. Kita akan terus berada bersama Yasin, terus berdoa. Insya-Allah.

“Cuma saya amat risau dengan kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi, tinggal tulang…” katanya menerusi video dimuat naik Sumber TV pada Khamis.

Beliau yang kelihatan sebak tidak dapat meneruskan kata-katanya dan kemudian meminta peguam Encik Ariff Azami Hussein menyambungnya.

“Lawatan terakhir kami di penjara, Yasin memang seperti biasa, bersemangat, reda dengan ujian.

“Tapi kekhuatiran kita, keadaan kesihatan beliau yang nampak sedikit merunsingkan terutamanya susut berat badan yang agak ketara.

“Contoh bila kita peluk dia, salam dia, kita boleh terasa tulang,” kata Encik Ariff Azami.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan