Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Keadaan kesihatan halang Celine Dion teruskan konsert jelajah dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan kesihatan halang Celine Dion teruskan konsert jelajah dunia

Celine Dion bakal membuat persembahan di Grand Ballroom Marina Bay Sands. (Gambar: Alix Malka)

Diterbitkan : 29 May 2023 01:55PM Dikemas Kini : 29 May 2023 01:59PM
LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Celine Dion membatalkan konsert jelajah dunia setelah keadaan kesihatannya menjejaskan keupayaan untuk membuat persembahan.

"Saya minta maaf kerana sekali lagi mengecewakan anda semua," tulisnya di Instagram pada Jumaat (25 Mei), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada Disember lalu, Dion, 55 tahun, menangguhkan beberapa konsert jelajah Eropah dan konsert musim bunga 2023.

"Baru-baru ini, saya telah didiagnosis dengan gangguan neurologi yang sangat jarang berlaku yang dipanggil sindrom orang kaku yang menjangkiti satu daripada sejuta orang," katanya.

Pembatalan terbaru itu menjejaskan 42 persembahan di Eropah, bermula dengan tiga konsert pada Ogos di Amsterdam.

Peminat boleh mendapatkan semula bayaran dengan menghubungi tempat pembelian asal tiket.

"Adalah tidak adil untuk terus menangguhkan persembahan, sebaiknya kita batalkan segala-galanya sekarang sehingga saya benar-benar bersedia untuk kembali ke pentas. Saya mahu anda semua tahu, saya tidak berputus asa... dan saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda lagi!," ungkap penyanyi itu.

Pada April lalu, beliau mengeluarkan lima lagu baru untuk filem "Love Again" arahan James C. Strouse dan dibintangi oleh Priyanka Chopra Jonas serta Sam Heughan.

Filem yang mula ditayangkan pada 5 Mei itu turut menyaksikan Dion membuat penampilan sulungnya di layar perak.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan