Kasih, siri antologi dedahkan rakyat SG tentang bantuan pemerintah melalui kasih sayang dilancarkan MCI
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MCI)
SINGAPURA: Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), dengan kerjasama Papahan Films, menghasilkan siri filem antologi pendek berjudul Kasih.
Kasih dilancarkan pada 14 Februari 2024 dan mengandungi enam episod selama 10 minit.
Antologi dua bahasa (Inggeris-Melayu) itu meneroka konsep cinta dalam pelbagai bentuk antara anggota keluarga, rakan, kenalan dan rakyat Singapura.
Siri web baharu itu menampilkan barisan artis berbakat seperti Ainon Talib, Azura Goh, Erwin Shah Ismail, Fizah Nizam, Hisyam Hamid,
Iskandar Ismail, Izzat Yusoff, Khairuddin Samsudin, Rae Saleha, Sani Hussain, Shahril Wahid, Yuslina Yussof dan ramai lagi.
Tujuan Kasih adalah untuk berhubung dan memaklumkan kepada warga Singapura tentang pelbagai langkah bantuan Pemerintah seperti geran rumah, subsidi penjagaan kanak-kanak dan baucar CDC. Ia juga berkongsi maklumat berharga tentang isu seperti penipuan, keadilan di tempat kerja, dan kos sara hidup.
Inisiatif lain yang sedang dilaksanakan seperti Pakej Majulah, SG Lebih Sihat juga akan dikongsi dalam antologi tersebut.
Dua episod sudah disiarkan di saluran YouTube Gov.sg pada Rabu (14 Feb).
Siri enam episod itu disertakan dengan Lagu Rasmi (OST) bertemakan rock 90-an tentang cinta, harapan dan ketabahan, sambil mencipta rasa nostalgia.
Encik Aaron Lye, Pengarah Kempen dan Produksi di MCI berkata: “Di MCI, kami cuba mencari cara kreatif untuk menangani isu umum dan meningkatkan kesedaran tentang pelbagai inisiatif dan langkah bantuan Pemerintah. Dengan Kasih, kami berhasrat untuk berhubung dengan masyarakat, dengan lebih baik melalui kisah cinta dan muzik.”
Dua episod pertama siri web itu kini tersedia di saluran YouTube Gov.sg (go.gov.sg/kasih).

Sumber : AGENCIES/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.