Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kamal Adli, Uqasha Senrose rasmi bergelar suami isteri 5 Nov lalu

Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kamal Adli, Uqasha Senrose rasmi bergelar suami isteri 5 Nov lalu

Kamal dan Uqasha diijabkabul pada Jumaat (5 Nov) di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Janda Baik, Pahang. (Gambar: @kamaladli/Instagram)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 06:51PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 07:09PM

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri.

Menurut laporan Astro AWANI, Kamal dan Uqasha diijabkabul pada Jumaat (5 Nov) di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Janda Baik, Pahang.

Dalam majlis akad nikah itu, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan mas kahwin RM22.50 (S$7.27) kepada isterinya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29.

Kamal turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada Uqasha.

Pasangan berkenaan membuat pengumuman itu dalam sidang media khas anjuran Astro pada Selasa (7 Dis).

Stesen televisyen tersebut turut mendapat hak penyiaran eksklusif majlis pernikahan dan persandingan pasangan pelakon itu.

Sebanyak tiga episod bermula dengan majlis persiapan, pernikahan dan persandingan akan ditayangkan pada 11, 18 dan 25 Disember ini di saluran Ria.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan