Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kamal Adli selamat jalani pembedahan selepas diserang di Singapore Expo, seorang lelaki akan didakwa

Anggaran Waktu Membaca:
01:00 Min
Kamal Adli selamat jalani pembedahan selepas diserang di Singapore Expo
Diterbitkan : 13 Mar 2023 02:18PM Dikemas Kini : 13 Mar 2023 11:28PM
SINGAPURA: Selebriti Malaysia Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam hari Ahad (Mac 12) selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital tempatan, menurut Astro AWANI.

"Alhamdulillah Kamal dah sedar...harap semua doakan keselamatan kami," isterinya Uqasha Senrose memaklumkan menerusi akaun Instagram (IG) hari ini.

Dalam kemas kini IGnya lewat malam tadi, Uqasha memaklumkan Kamal, 37 tahun, diserang menggunakan cota berkali-kali oleh seorang lelaki di kepala, muka dan badan pelakon tersebut.
Tanpa mendedahkan hospital Kamal ditempatkan, Uqasha berkata Kamal menjalani "major operation" berikutan kecederaan di bahagian kepala yang agak teruk.

Beliau dan suami menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan turut memohon peminat dan orang ramai supaya mendoakan kesembuhan suaminya.

Mereka berdua berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu berlangsung.

Uqasha turut menyertakan gambar-gambar sekitar kejadian yang menimpa suaminya dan memaklumkan penjenayah tersebut sudahpun ditahan.

Memetik jurucakap polis Singapura, media tempatan melaporkan pihak polis menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo.

"Seorang lelaki 37 tahun masih sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. Seorang lelaki 34 tahun selanjutnya diberkas berhubung dengan kes itu. Siasatan masih dijalankan," menurut polis.

Dianjurkan oleh Megaxpress International, Hari Raya Mega Sale turut menampilkan beberapa artis dari Malaysia.

Pasangan popular Kamal dan Uqasha adalah antara selebriti Malaysia yang sentiasa mengikuti acara sebegini di Singapura.
Sumber : Bernama/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan