Kamal Adli kini 'takut untuk kongsi apa-apa' di media sosial selepas diserang di Singapore Expo
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: kamaladli/Instagram
KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia, Kamal Adli mendedahkan dirinya kini kurang berminat untuk aktif di media sosial selepas beliau dipukul di Singapura beberapa bulan yang lalu.
Ketika ditemui OhBulan!, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 37 tahun, memaklumkan bahawa kejadian tersebut telah membuatkan dirinya berasa 'takut untuk berkongsi apa-apa' mengenai kehidupannya kepada orang ramai.
"Apa yang jadi dekat saya, lepas kejadian ini saya macam terkurang minat untuk bermain media sosial. Kalau korang tengok Instagram saya pun, saya kurang muat naik. Di TikTok dan sebagainya pun saya kurang muat naik apa-apa," ujarnya kepada OhBulan!
"Benda ini buat saya tiba-tiba macam takut dan dia buat saya macam tiba-tiba terus hilang 'mood'," tambahnya.
"(Untuk) saya nak dapatkan balik 'mood' untuk muat naik dan sebagainya, saya rasa ia perlukan masa sebab apa yang jadi ini besar sangat pada saya."
Kamal berkata: "Sampaikan saya tertanya, ‘Apa salah aku eh? Aku rasa aku tak kacau orang’. Dan pada saya kalau kita baik macam mana pun tetap ada orang tak suka dan tak puas hati."
"Jadi saya belajar untuk lebih berjaga-jaga dan kurangkan perkongsian di media sosial."
Kamal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana drama 'B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit' yang diadakan di DADI Cinema Pavillion Kuala Lumpur pada Khamis (10 Ogos), lapor OhBulan!
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Uqasha Senrose itu juga sempat berkongsi kejadian sebenar ketika dipukul lelaki tersebut kepada media.
"Masa itu saya dekat dalam 'booth' meniaga dan masa itu ada seorang mak cik ini dia guna kerusi roda nak bergambar dengan saya," kongsi Kamal.
"Jadi saya keluar dari 'booth' untuk bergambar dengan mak cik itu sebab dia guna kerusi roda kan?"
"Lepas tu saya pun tengok-tengoklah persekitaran 'booth' waktu itu sebab saya tak pernah keluar dari booth sangat. Tiba-tiba ada orang panggil nama saya tapi bila saya pusing tak ada orang."
"Kemudian, saya nampak seorang lelaki ini dan saya pun pergi ke dia dan tanya dia, ‘Ye bang?’."
"Tiba-tiba dia macam nak keluarkan sesuatu. Pada mulanya saya ingatkan telefon bimbit tapi rupanya dia keluar kan cota dan terus pukul kepala saya," kata Kamal.
Ketika ditanya mengenai perasaan yang dirasai selepas kejadian yang berlaku itu, pelakon filem Abang Long Fadil itu mengatakan bahawa beliau sangat bersyukur kerana masih berpeluang untuk hidup dan diberikan semula kesihatan untuk terus bekerja.
"Saya bersyukur sebenarnya, bersyukur sangat. Saya ada peluang lagi untuk bersama keluarga, ada peluang lagi bersama isteri saya sendiri dan ada peluang untuk bekerja lagi. Saya bersyukur sangat," luah Kamal.
"Sebelum ini pun saya tak adalah jahat sangat tapi saya akan jadi lebih baiklah selepas kejadian ni."
"Kejadian yang berlaku ini sedikit sebanyak berjaya membuka mata orang ramai serta rakan-rakan artis yang lain untuk lebih berjaga-jaga sebab kita tak tahu kan orang di sekeliling kita itu macam mana."
Kamal menambah: "Selagi kes ini tak selesai, saya tak boleh berikan apa-apa kenyataan. Tetapi sampai sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa dia ketuk saya."
Sebelum ini, tular video pendek dimuat naik Uqasha di Instagram yang memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dan memaklumkan suaminya telah diserang oleh seorang individu lelaki tidak dikenali sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
Menurut Uqasha, ketika kejadian, mereka sedang melayani peminat sebelum ada seorang lelaki yang mencari suaminya.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Sumber Web/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.