Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Kalaulah Abam masih ada, tentu dia gembira': Ali Puteh kongsi berita gembira meski kenang arwah abang

Pemergian pelawak Malaysia, Abam, pada Isnin lalu boleh dikatakan sangat dirasai oleh para peminat, dengan ramai yang melahirkan rasa sedih di media-media sosial. Namun kesedihan tersebut pasti berkali ganda dirasai oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat Allahyarham, termasuk adiknya Ali Puteh.

Anggaran Waktu Membaca:
'Kalaulah Abam masih ada, tentu dia gembira': Ali Puteh kongsi berita gembira meski kenang arwah abang

(Gambar: Instagram/syedaliputeh)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 01:13AM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 01:16AM

MALAYSIA: Pemergian pelawak Malaysia, Abam, pada Isnin lalu boleh dikatakan sangat dirasai oleh para peminat, dengan ramai yang melahirkan rasa sedih di media-media sosial.

Namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kesedihan tersebut pasti berkali ganda dirasai oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat Allahyarham, termasuk adiknya Ali Puteh.

Bagaimanapun laman Gempak melaporkan, selang beberapa hari menerima berita hiba itu, Ali menerima pula khabar baik yang tidak disangka-sangka - sedikit sebanyak menjadi pengubat rasa pilu di hati.

Isteri Ali, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil enam minggu - berita yang tidak pernah disangka-sangka oleh pelawak terkenal itu.

“Syukur padaMu ya Allah... sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.

"Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga," kongsi Ali seperit dipetik Gempak.

Kegirangannya itu terutama sekali memandangkan beliau hanya beberapa bulan lalu juga pernah kehilangan seorang anak pada usia yang sangat kecil.

Menurut Gempak, pada 26 November lalu, Ali kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.

Ainul menghembuskan nafas terakhir ketika usianya tiga bulan.

Menyentuh tentang kehamilan isterinya kali ini, Ali dilaporkan Gempak sebagai berkata:
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.

“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja."

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd meninggal dunia dalam tidur pada usia 32 tahun.

Pemergian Abam mengejutkan seluruh industri hiburan Malaysia serta peminat-peminatnya kerana Allahyarham sangat terkenal sebagai seorang personaliti yang memiliki budi pekerti yang baik.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan