Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Justin Timberlake mengaku bersalah atas tuduhan lebih ringan selepas diberkas pandu dalam keadaan mabuk

Anggaran Waktu Membaca:
Justin Timberlake mengaku bersalah atas tuduhan lebih ringan selepas diberkas pandu dalam keadaan mabuk

Justin Timberlake (kiri). (Gambar: T E McMorrow/Pool menerusi AP)

NEW YORK: Bintang pop Justin Timberlake mengaku bersalah di sebuah mahkamah wilayah New York pada Jumaat (13 Sep) atas tuduhan trafik yang lebih ringan daripada memandu dalam keadaan mabuk.

Ini selepas beliau diberkas apabila polis mendapati beliau gagal untuk mematuhi papan tanda berhenti dan melencong dari lorong.

Timberlake, 45 tahun, bersetuju untuk mengaku bersalah atas kesalahan memandu semasa keupayaan terganggu, iaitu tindakan melanggar peraturan trafik yang dianggap lebih ringan, nyata pelbagai laporan media.

Beliau didenda AS$500 (S$649) dan diperintahkan untuk melakukan hukuman khidmat masyarakat, lapor Variety.

Peguam Timberlake, Edward Burke mengatakan beliau berpuas hati dengan pertuduhan yang diringankan, dan mempertikaikan sebarang laporan bahawa Timberlake mabuk ketika beliau ditangkap, lapor CBS News.

Lesen Timberlake telahpun digantung. Hakim itu juga menjatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 25 hingga 40 jam di sebuah badan bukan meraih untung, ke atas Timberlake.

Di samping itu, Timberlake diperintahkan untuk membuat "pengumuman keselamatan awam".

Menyusuli perbicaraan yang berlangsung pada Jumaat lalu, Timberlake memberitahu para wartawan, "Saya cuba mengekalkan diri saya pada standard yang sangat tinggi untuk diri saya sendiri, dan ini bukan."

Beliau juga berkata, "Ini adalah kesilapan yang saya lakukan tetapi saya berharap sesiapa sahaja yang menonton dan mendengar sekarang boleh belajar daripada kesilapan ini. Saya tahu (saya telah lakukannya). Dan seperti yang saya katakan - sekalipun sekadar satu (gelas) minuman keras sahaja, jangan (memandu)."
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan