Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Justin Bieber terpaksa batalkan konsert jelajah gara-gara Sindrom Ramsay Hunt

Anggaran Waktu Membaca:
Justin Bieber terpaksa batalkan konsert jelajah gara-gara Sindrom Ramsay Hunt

Gambar: Instagram/@JustinBieber

Diterbitkan : 11 Jun 2022 01:24PM Dikemas Kini : 11 Jun 2022 01:24PM

LOS ANGELES: Penyanyi Justin Bieber mendedahkan beliau kini mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh Sindrom Ramsay Hunt.

Dalam satu video yang dimuatnaikkan menerusi akaun Instagram milik beliau, Justin Bieber turut mengumumkan bahawa beliau akan membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

Penyanyi yang berusia 28 tahun itu menjelaskan beliau dijangkiti Sindrom Ramsay Hunt selepas virus tersebut merosakkan saraf di bahagian telinganya.

Beliau kini dalam jelajah Konsert Justice di Amerika Utara dan turut membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan Justin Bieber tidak dapat mengelipkan mata serta senyum pada sebelah kanan mukanya kerana terdapat kelumpuhan pada bahagian wajahnya itu.

Beliau juga meminta para peminatnya supaya bersabar dan turut menjelaskan mengenai rancangannya pada masa akan datang.

Masa yang ada katanya akan digunakan untuk mendapatkan rawatan dan berehat.

Ketika ini, beliau juga melakukan senaman muka untuk mengembalikan wajahnya kepada sedia kala, namun tidak mengetahui berapa lama ia akan pulih.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa