Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Justin Bieber tangguh konsert jelajah sekali lagi; Konsert di S'pura "akan diteruskan", kata penganjur

Anggaran Waktu Membaca:
Justin Bieber tangguh konsert jelajah sekali lagi; Konsert di S'pura "akan diteruskan", kata penganjur

Penyanyi Pop Justin Bieber. (Gambar: AEG Presents)

Diterbitkan : 07 Sep 2022 10:46PM Dikemas Kini : 07 Sep 2022 10:47PM
LOS ANGELES: Penyanyi pop Justin Bieber berkata pada Selasa (6 Sep) bahawa beliau akan berehat dari siri konsert Jelajah Dunia Justice yang dijadualkan semula disebabkan isu kesihatan mental dan fizikal.

Pemuzik tersebut memuatnaik pengumuman tersebut di Instagram sambil menjelaskan bagaimana enam persembahan secara langsung yang diadakan selepas dijangkiti Sindrom Ramsay Hunt awal tahun ini, menjejas 'teruk kesihatannya."

"Hujung minggu lalu, saya membuat persembahan di Rock di Rio dan saya memberikan segalanya kepada peminat di Brazil," kata Bieber, lapor Reuters.

Keletihan "menguasainya", menurut penyanyi berusia 28 tahun itu. Selepas mendapat nasihat daripada doktor, keluarga dan kumpulannya, penyanyi tersebut memutuskan untuk mengutamakan kesihatannya.

“Saya akan berehat sebentar buat masa ini. Saya akan baik-baik saja, tetapi saya perlukan masa untuk berehat dan pulih dengan lebih baik,” katanya.

"Saya sangat bangga dapat membawa persembahan ini dan mesej Keadilan kami kepada dunia."

Bieber mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan dan doa buat beliau.

"Saya sayang kamu semua dengan sepenuh hati!", ujarnya.

Siri jelajah dunia dilancarkan pada Mac lalu setelah ditangguh awal tahun ini kerana Bieber serta anggota kumpulannya diuji positif COVID-19.

Beliau dijadual mengadakan 70 persembahan sehingga Mac 2023 di Amerika Selatan, Asia, Australia, New Zealand dan Eropah dan dijadual membuat persembahan di Singapura pada 25 Oktober nanti.

Bieber belum mendedahkan bila akan kembali beraksi di pentas. Malah, pegawainya tidak segera mengulas, lapor Reuters.

Namun, menerusi hantaran Instagram pada Rabu (7 Sep), penganjur konsert AEG menyatakan bahawa konsert jelajah Bieber di Asia akan berlangsung seperti yang dijadualkan dan akan memberikan perincian lanjut kelak.

Selain Singapura, konsert beliau di Asia juga termasuk di New Delhi, Kuala Lumpur, Manila, Jakarta, Bangkok, Nagoya, Osaka dan Tokyo.

Pada Jun lalu, penyanyi yang berasal dari Kanada itu mendedahkan telah didiagnos menghidap Sindrom Ramsay Hunt, yang menyebabkan 'kelumpuhan muka'. Ini memaksa beliau untuk membatalkan persembahan untuk pulih.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa