Skip to main content

Hiburan

Justin Bieber tangguh konsert di Singapura pada 25 Okt, baki siri jelajah dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Justin Bieber tangguh konsert di Singapura pada 25 Okt, baki siri jelajah dunia

Penyanyi Pop Justin Bieber. (Gambar: AEG Presents)

SINGAPURA: Justin Bieber telah menangguhkan baki siri konsert jelajah dunia secara tiba-tiba, sehingga tahun depan, termasuk konsert di Stadium Negara Singapura pada 25 Okt.

Penganjur konsert AEG Presents Asia memuat naik kenyataan di media sosial bahawa baki pertunjukan yang dijadualkan dalam siri konsert "Justice World Tour" bintang pop Kanada itu dipindahkan ke 2023.

"Peminat dengan tiket ke semua tarikh siri konsert jelajah dunia itu harus nantikan maklumat lebih lanjut mengenai tarikh, tempat dan bandar apabila kemas kini tersedia," kata catatan itu.

Ia juga menasihatkan pemegang tiket agar menghubungi agensi tiket masing-masing bagi maklumat lanjut. "Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan terima kasih atas pemahaman anda," tambahnya.
Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita