Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Justin Bieber sambung semula siri jelajah dunia

Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Penyanyi Pop Justin Bieber bakal menyambung semula siri jelajah Konsert Justice pada 31 Jul.

Beliau terpaksa menangguhkan beberapa tarikh siri konsert di Amerika Utara selepas didiagnos menghidap Sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan masalah 'kelumpuhan wajah'.
Bieber akan menyambung konsert jelajah dunianya di Festival Musim Panas di Itali, disusuli lima persebahan di Eropah pada Ogos.

Bieber kemudian dijadual meneruskan siri jelajahnya ke Amerika Selatan pada September sebelum ke Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand.

Siri jelajahnya kembali ke Eropah antara Januari hingga Mac tahun depan.

Konsert Bieber di Singapura dijadualkan pada 25 Oktober di Stadium Negara.
Penyanyi itu belum lagi mengumumkan tarikh baru untuk persembahan yang ditangguhkan di Amerika Utara.

Selepas berkongsi mengenai penyakitnya di Instagram pada 10 Jun lalu, Bieber terpaksa membatalkan persembahan di Washington DC, Toronto dan New York serta diikuti beberapa konsert di Amerika Utara.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan