Justin Bieber positif COVID-19; terpaksa tunda konsert

Justin Bieber membuat persembahan di Seattle, Washington. (Gambar: AFP/Getty Images North America/Matt Hayward)
LOS ANGELES: Justin Bieber yang sepatutnya mengadakan persembahan sempena konsert Justice World Tour di Las Vegas pada Ahad (27 Feb) disahkan positif COVID-19.
Hal itu sekali gus menyebabkan konsert tersebut terpaksa ditunda ke tarikh baru iaitu 28 Jun 2022.
"Disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 dalam kalangan kakitangan penerbitan, Justice World Tour akan ditunda ke tarikh 28 Jun 2022.
"Justin sangat kecewa namun kesihatan dan keselamatan kru serta peminatnya menjadi keutamaannya.
"Konsert jelajah di San Diego sebelum ini mendapat sambutan yang luar biasa dan Justin sangat teruja untuk persembahan di Las Vegas," maklum kenyataan media oleh wakil penganjur.
Menurut laporan media terdahulu, konsert jelajah Justice World Tour itu sudah dimulakan di San Diego pada Jumaat lalu dan akan diadakan di 20 lokasi sehingga Mac 2023.
Jaden Smith dan TEO adalah antara artis yang dijangka akan membuat persembahan pembukaan di beberapa lokasi.
Awal dari itu, Justin bersama isterinya, Hailey dilaporkan keluar bersama-sama dengan pasangan Kendall Jenner dan Devin Booker untuk menonton perlawanan Super Bowl LVI.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.