Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Justin Bieber bakal buat persembahan di Kuala Lumpur, Jakarta dalam konsert Jelajah Dunia

Bintang pop Justin Bieber mengumumkan dua tarikh konsert di Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Justin Bieber bakal buat persembahan di Kuala Lumpur, Jakarta dalam konsert Jelajah Dunia

(Gambar: AEG Presents)

Diterbitkan : 24 Mar 2022 09:52AM Dikemas Kini : 24 Mar 2022 09:52AM

NEW YORK: Bintang pop Justin Bieber mengumumkan dua tarikh konsert di Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini.

Bieber turut menyenaraikan konsert di Kuala Lumpur, Malaysia pada 22 Oktober dan di Jakarta, Indonesia pada 3 November.

Penyanyi kelahiran Kanada itu kemudian akan membuat persembahan di Jepun seperti yang diumumkan sebelum ini yakni Nagoya (9 November), Osaka (12 November) dan Tokyo (16 November).

Menurut kenyataan media oleh syarikat promosi konsert AEG dan PR Worldwide, lebih banyak butiran mengenai tarikh konsertnya di Asia akan diumumkan kelak.

Konsert di KL akan diadakan di Stadium Negara Bukit Jalil sementara konsert di Jakarta pula di Stadion Madya Gelora Bung Karno.

Tiket bagi konsertnya di KL akan mula dijual pada 11.00 pagi, 31 Mac di lelaman www.golive-asia.com berharga antara RM288 (S$92.46) hingga RM1,088 (S$349.29).

"Kami sudah bekerja keras untuk menghasilkan persembahan terbaik yang pernah kami lakukan, dan kami tidak sabar untuk mengongsikannya bersama peminat dari seluruh dunia. Jumpa anda tidak lama lagi," kata Bieber dalam satu kenyataan.

Selaian negara-negara Asia, konsert jelajah Justice World Tour yang merangkumi lebih 100 hari sepanjang 2022 hingga 2023, turut diadakan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Britain, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Timur Tengah.

Kali terakhir Bieber melakukan jelajah dunia adalah pada 2016 dan 2017 bagi albumnya yang bertajuk 'Purpose'.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa