Skip to main content

Hiburan

Juara Mic Junior Magika Raya hidupkan semula warisan hero ikonik Hang Nadim, Radin Mas dan Badang

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Konsert khas Hari Raya Juara Mic Junior tahun ini menampilkan jalan cerita menarik disulam dengan aspek warisan, keharmonian dan makna sebenar Hari Raya.

Para penonton dibawa menyusuri kisah watak utama 'Ayla' pada malam menjelang Syawal, yang berselisih faham dengan ibunya sebelum "terhanyut" ke dalam dunia mimpi bertemu watak-watak legenda Melayu seperti Hang Nadim, Radin Mas dan Badang.

Melalui pertemuan dengan watak-watak ini, Ayla akhirnya memahami erti sebenar Hari Raya.

Watak Ayla dibawakan oleh pelakon cilik, Adrianna Putri, yang juga alumni Juara Mic Junior.

Ini merupakan tahun pertama beliau memegang watak utama dalam konsert khas JMJ Raya.

"Watak Ayla ini comel, kelakar dan terutamanya dia patuh ikut kata orang." kongsi Adrianna.

Related article image
Watak Ayla dibawakan oleh pelakon cilik, Adrianna Putri (kanan). (Gambar: Mediacorp)

Lazimnya, konsert JMJ Magika Raya ini turut mengetengahkan nilai-nilai murni dalam jalan ceritanya.

"Saya pelajari bahawa kita harus selalu bekerjasama dan kalau kita nak selesaikan sesuatu masalah, kita harus selalu berbuat baik kepada satu sama lain kerana kalau bersikap selalu berkata kata di belakang nanti orang tidak akan berbuat baik kepada kita juga," ujar Adrianna.

Konsert ini turut diserikan dengan barisan bakat muda lain seperti Salif Hardie, Danish Aswad, Syurga Jefferey, Sarah Alia, Aidan Asri, Nur Ariana, Nik Aqimi, Arissa Zara, Zahrin dan Sofia Adelia yang masing-masing membawa keunikan tersendiri ke pentas.

Related article image
Farah Lola dan Salif Hardie membawakan watak utama dalam JMJ Magika Raya. (Gambar: Mediacorp)

Selain para peserta JMJ, konsert ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan pelakon dan pempengaruh, Farah Lola. 

"Saya mainkan watak seorang ibu kepada Ayla dan dalam dunia imaginasi Ayla ini saya pun mainkan watak Radin Mas," kongsi Farah.

"Saya harap keluarga dapat menonton TV bersama. Jadi kanak kanak boleh terhibur. Ibu bapa pun juga terhibur dan teruja untuk sambut Hari Raya," tambahnya. 

Dengan gabungan tenaga baharu dan personaliti berpengalaman, Juara Mic Junior Magika Raya bukan sekadar sebuah hiburan, malah menjadi wadah menyampaikan mesej kekeluargaan, hormat-menghormati dan kepentingan memahami antara satu sama lain.

Konsert ini akan ditayangkan pada Sabtu (21 Mac), jam 10.00 pagi di Suria.

Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita