Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Juara Mic Junior kembali buat musim kedua; permohonan online dibuka sehingga 3 Okt

Bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 13 tahun dan ada bakat menyanyi, inilah peluang mereka menyerlahkan bakat di pentas besar!

Anggaran Waktu Membaca:
Juara Mic Junior kembali buat musim kedua; permohonan online dibuka sehingga 3 Okt

(Gambar-gambar: Mediacorp Suria)

BERITAmediacorp: Peraduan nyanyian realiti kanak-kanak Juara Mic Junior (JMJ) kini kembali buat musim kedua!

Ini bermakna seorang lagi kanak-kanak berpeluang bergelar pemenang JMJ, sekali gus memenangi $10,000!

PERKENAL KOMPONEN BARU

JMJ musim kedua ini dibuka kepada mereka yang berusia antara tujuh hingga 13 tahun.

Bagi musim baru ini juga, ia akan memperkenalkan aspek baru dalam peraduan tersebut.

Selain komponen utama iaitu nyanyian solo, JMJ musim kedua turut memberi perhatian kepada komponen kedua, iaitu bakat-bakat artistik lain para peserta.

Ini termasuk bidang lakonan, tarian, pengacaraan dan bakat dalam bermain alat muzik.

Menyusuli musim pertama JMJ pada 2018, para peserta turut diberi peluang beraksi dalam program-program seperti Juara Mic Junior Berhari Raya, Projek Kasih 2018, Sinaran Hati 2019 dan Kelab JMJ.
Ainul Yaqin muncul juara bagi musim pertama JMJ empat tahun lalu.

PERMOHONAN ONLINE DITUTUP 3 OKT INI

Kanak-kanak yang berminat boleh menyerahkan permohonan mereka secara online di mediacorp.sg/juaramicjunior menjelang 3 Oktober ini.

Para pemohon yang berjaya akan diundang bagi menyertai adu bakat secara bersemuka pada 8 Oktober.

Perincian lanjut musim kedua Juara Mic Junior boleh didapati di sini.

Juara Mic Junior musim kedua akan bersiaran pada suku pertama 2023 di meWATCH, Suria dan Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa