Juara GV, Liza Aziz hargai sokongan peminat dari SG, sedia terima tawaran buat konsert
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sokongan para peminat termasuk dari Singapura memberi kekuatan buat Juara Gegar Vaganza musim ke-11, Liza Aziz harungi cabaran dan atasi tekanan pertandingan.
Beliau juga mengalu-alukan undangan membuat persembahan atau menjayakan konsert di kota Singa untuk bersua dengan peminatnya di sini.
Kemenangan penyanyi berusia 61 tahun itu memang sudah diramal sejak awal.
Namun ini juga memberinya satu tekanan sehingga menjejas prestasinya pada pertengahan musim pertandingan itu.
"Ya bebanan juga tetapi apa pun, saya berjaya menyanyi dengan baik dan persembahan terbaik. Terjejas sedikit dengan suara. Pada masa itu saya kurang sihat. Apa pun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik," kata Liza Aziz.
Walaupun ada suara sumbang yang menilai bahawa persembahan duet Liza Aziz tenggelam oleh persembahan mantap Kris Dayanti yang tampil lebih segar, berikut jawapan Liza, "Pada saya tidak. Kami sama-sama menyanyi dengan baik dan kita ‘connect together'".
Hasil persembahan cemerlangnya itu, Liza Aziz berjaya dinobatkan sebagai juara GV ke-11 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi. Ini selain lagi RM3,000 sebagai pemenang Anugerah Terpaling Adabi.
Beliau juga berjaya mengatasi persembahan para peserta akhir lain iaitu Zehra Zambri, Sheila Abdull, Ning Baizura dan dari Indonesia – trio, The Lima dan Dadali Dyrga.
Namun, semua ganjaran ini dikecapi hanya setelah Liza Aziz berjaya mengatasi cabaran-cabaran yang diberikan.
"Cabarannya ialah menghafal lirik dan mendapat lagu yang tidak dikenali. Itu cabaran yang paling saya takuti sekali," kongsi anak kepada seniman Aziz Jaafar dan seniwati Normadiah.
HARGAI SOKONGAN PEMINAT DARI SG
Penyertaannya dalam GV kali ini turut mendapat sokongan para peminat luar negara termasuk dari Singapura.
“Tanpa peminat, kita tak ke mana sebab semua penyanyi perlu ada peminat. Jadi kalau disebut oleh peminat-peminat dari Singapura, dari Malaysia, dari Sabah, Sarawak semua, saya sangat-sangat berbangga dan saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana menyokong saya selama ini,” luah Liza Aziz.
Ada juga peminat yang sanggup terbang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan idola mereka itu di pentas akhir.

“Sebagai peminat dari Singapura dan juga ahli kelab peminat Liza Aziz iaitu LA Force, kami berasa bangga dan berkongsi kegembiraan pada malam ini (9 Feb) atas kemenangan beliau setelah tiga bulan bersama beliau dalam perjalanan di pentas Gegar Vaganza, memberikan beliau sokongan padu langsung di auditorium ini. Saya rasa begitu teruja melihat beliau menjulang Piala Juara Gegar Vaganza musim ke-11,” kongsi anggota kelab peminat Liza Aziz, LA Force, Firdaus Riduan.
Pertandingan peringkat akhir Gegar Vaganza turut diserikan dengan penampilan Singapore Idol yang pertama, Taufik Batisah yang turut mengiringi persembahan seorang lagi finalis GV, Sheila Abdull.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.