Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jualan tiket konsert Wings di S'pura ditangguh hingga 17 Ogos 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan tiket konsert Wings di S'pura ditangguh hingga 17 Ogos 2022

(Gambar: @awieofficial/Instagram)

SINGAPURA: Baru-baru ini, kugiran rock legenda Malaysia, Wings, mengumumkan bahawa kugiran itu bakal bertemu para peminatnya di Singapura di Teater Esplanade pada 7 Oktober 2022.

Ini selain membuat penampilan di pentas Formula 1 Grand Prix Singapura pada Jumaat (30 Sep). 

Namun, atas sebab-sebab yang tidak diduga, tarikh penjualan tiket bagi konsert WINGS LIVE DI ESPLANADE THEATRE ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi Rabu (17 Ogos). 

Demikian diumumkan oleh ketua kugiran tersebut, Awie, menerusi akaun Instagramnya pada Khamis (11 Ogos). 

"Kami sedia maklum bahawa ramai daripada anda yang telah meluangkan masa untuk membeli tiket hari ini (11 Ogos) dan kami memohon maaf atas kekeliruan dan kesulitan yang berlaku," kata Awie. 

Beliau turut meluahkan penghargaannya atas sokongan para peminat Singapura dan berharap akan bertemu mereka di Esplanade pada 7 Oktober nanti. 

Tiket bagi konsert WINGS LIVE DI ESPLANADE THEATRE boleh dibeli menerusi laman web SISTIC.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan