Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Joaquin Phoenix bakal kembali di layar perak sebagai Joker dalam sekuel 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Joaquin Phoenix bakal kembali di layar perak sebagai Joker dalam sekuel 2024

Joaquin Phoenix sebagai watak Joker. (Gambar: jokermovie/Instagram)

Diterbitkan : 04 Aug 2022 07:08PM Dikemas Kini : 04 Aug 2022 07:08PM
LOS ANGELES: Sekuel filem Joker bakal ditayangkan di panggung wayang pada 4 Oktober 2024, lapor Reuters menukil jurucakap pengedar filem Warner Bros pada Rabu (3 Ogos). Filem itu berdasarkan salah satu penjahat buku komik paling terkenal di dunia.

Filem berjudul Joker: Folie a Deux, akan dibintangi Joaquin Phoenix yang akan kembali memainkan watak utama yang mana dia dinobatkan sebagai pelakon terbaik di Anugerah Academy dalam filem asalnya pada 2019. Filem itu menampilkan kisah asal musuh wira DC Comic, Batman.

Filem yang dicalonkan di Oscar untuk kategori filem terbaik dan memenangi skor muzik terbaik serta pelakon utama terbaik, diarah dan diterbitkan oleh Todd Philips, yang turut menulis skrip bersama Scott Silver.

Jalan ceritanya mengisahkan keturunan psikologi protagonis filem, badut parti dan pelawak kurang berjaya Arthur Fleck, serta tekanan sosial yang mengubahnya daripada seorang yang suka menyendiri menjadi pembunuh kejam yang memulakan sebuah gelombang keganasan di metropolis rekaan Gotham City.

Maklumat lanjut mengenai sekueal tersebut tidak segera dikongsi Warner Bros. Namun, penerbitan Hollywood, Variety, melaporkan bahawa penerbitan baru itu merupakan sebuah muzikal dengan Lady Gaga, dijangka memainkan watak rakan subahat Joker, Harley Quinn.

Phoenix, 47 tahun, cukup terkenal memainkan watak-watak yang bermasalah secara emosi dan diakui pengkritik filem sebagai antara bintang yang memberi persembahan paling mengerikan dan membimbangkan dalam filem moden.

Beliau merupakan pelakon kedua yang berjaya merangkul Anugerah Academi menerusi lakonannya sebagai Joker, mengikuti langkah Heath Ledger, yang secara anumerta meraih Oscar sebagai pelakon pembantu terbaik untuk watak yang dilakonkan pada 2018 dalam filem The Dark Night.
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa