Skip to main content

Hiburan

Jisoo buat penampilan di Orchard Central sempena acara 'pop up' pada 7 Mac

Bintang K-pop Jisoo dari kumpulan popular Blackpink akan ke Singapura tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Jisoo buat penampilan di Orchard Central sempena acara 'pop up' pada 7 Mac

Bintang K-pop Jisoo akan ke Orchard Central pada 7 Mac untuk pelancaran kedai berkonsep "pop-up" yang meraikan pelancaran album mininya. (Gambar: Far East Organisation)

Diterbitkan : 28 Feb 2025 03:36PM Dikemas Kini : 28 Feb 2025 03:37PM
SINGAPURA: Bintang K-pop Jisoo dari kumpulan popular Blackpink akan ke Singapura tidak lama lagi.

Jisoo akan membuat kemunculan di Orchard Central pada 7 Mac pukul 5.30 petang bagi pelancaran kedai konsep 'pop up' yang meraikan pelancaran album mini solo sulungnya 'Amortage'.

Kedai konsep pop up, Amortage di Far East Mall, terletak di tingkat bawah pusat beli-belah itu dan akan beroperasi selama sebulan dari 5 Mac hingga 6 Apr.

Direka bentuk sedemikian rupa untuk menyerupai pawagam, kedai pop up itu menampilkan bilik berbeza yang mendapat ilham daripada lagu dan video muzik Jisoo.

Para peminat boleh mendapatkan pelbagai barangan edisi terhad di kedai pop up itu, termasuk empat variasi eksklusif album serta koleksi watak lukisan tangan Jisoo, Shumon, seperti kusyen dan rantai kunci mewah, yang menawarkan dua warna eksklusif di Singapura: Hitam dan merah jambu.

Mulai 11 Mac, kedai pop up itu akan mengeluarkan rangkaian baharu barangan termasuk pilihan baju-T dan buku nota edisi terhad yang disertakan dengan kad foto Polaroid bintang KPop itu.

Sepanjang tempoh acara pop up itu, ahli program kesetiaan Far East Malls yang membelanjakan minimum S$150 juga boleh menerima kantung kelabu Jisoo Shumon.

Selain mempromosikan muzik baharunya, yang dilancarkan pada 14 Feb, penyanyi-pelakon berusia 30 tahun itu juga membintangi drama zombi 'Newtopia' yang sedang disiarkan di Prime Video.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita