Jepun timbang haramkan 'Joker' selepas jenayah peniru serba ganas melonjak
Media Jepun melaporkan pihak berkuasa sedang menimbangkan untuk mengharamkan filem Joker daripada ditayangkan di televisyen berikutan jenayah peniru yang meningkat sejak kebelakangan ini.
TOKYO: Media Jepun melaporkan pihak berkuasa sedang menimbangkan untuk mengharamkan filem Joker daripada ditayangkan di televisyen berikutan jenayah peniru yang meningkat sejak kebelakangan ini.
Banyak daripada jenayah itu dirangsang oleh adegan di mana Joker, lakonan Joaquin Phoenix, membunuh tiga penumpang dalam sebuah kereta api bawah tanah.
Dua minggu lalu semasa Halloween (31 Okt), seorang lelaki berumur 24 tahun yang berpakaian seperti Joker diberkas selepas dia menikam para penumpang secara rawak dalam sebuah kereta api Keio Line di Tokyo.
Lelaki itu juga membakar sebuah gerabak kereta api selepas menyerang para penumpang. Seramai 17 orang memerlukan rawatan perubatan bagi kecederaan akibat pisau atau terhidu bau asap berikutan amukan lelaki berkenaan.
Pengguna Twitter @takahashi9811 memuat naik sebuah video menunjukkan penyerang berada di dalam kereta api sebelum serangan tersebut. Rakaman itu menunjukkan dia memegang sebilah pisau dalam tangan kanannya ketika merokok menggunakan tangan kiri.
Sedari itu, pihak berkuasa diletakkan pada tahap "kewaspadaan tinggi" bagi jenayah serupa.
Pada 8 November, seorang lelaki berusia 68 tahun ditangkap kerana didakwa memulakan kebakaran dalam kereta api laju Kyushu. Lelaki itu berkata dia "mahu meniru" serangan 31 Oktober tersebut. Keprihatinan terhadap keselamatan sudah dibangkitkan oleh rakyat Jepun, dengan ramai daripada mereka menaiki kereta api sebagai mod perjalanan setiap hari.
Awal tahun ini, sebuah mahkamah Rusia dilaporkan mengharamkan siri anime Death Note, Tokyo Ghoul dan Inuyashiki kerana memaparkan kekejaman, pembunuhan serta pengganasan. Selain itu, terdapat juga kebimbangan sekiranya tontonan kandungan seumpama itu akan mencetuskan keganasan dalam kalangan remaja".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.