Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jelajah dunia "Eras" Taylor Swift bakal disiarkan di pawagam Amerika Syarikat

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Bagi para peminat yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan tiket bagi konsert jalajah dunia 'Eras' Taylor Swift, jangan khuatir.

Konsert hangat itu bakal disiarkan di pawagam Amerika Syarikat mulai 13 Oktober.
"Jelajah dunia "Eras" adalah pengalaman yang paling bermakna, teruja dalam hidup saya setakat ini dan saya sangat gembira untuk memberitahu anda bahawa ia akan datang ke pawagam tidak lama lagi," kata Swift di media sosial pada Khamis (31 Ogos).

Rangkaian filem gergasi AMC berikrar bahawa setiap pawagamnya di Amerika akan menyiarkan filem itu sekurang-kurangnya empat kali sehari pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Tiketnya sudah mula dijual.

Menurut syarikat itu, laman web dan perkhidmatan tiket sudah dinaik taraf untuk "mengendalikan lebih lima kali ganda trafik pembelian terbesar yang dialami syarikat itu sebelum ini".

"Tetapi AMC juga sedar bahawa tiada perkhidmatan tiket dalam sejarah ini mampu menampung permintaan tinggi daripada para peminat Taylor Swift," menurut kenyataan syarikat itu, yang memberi amaran bahawa para pelanggan mungkin akan mengalami gangguan dalam proses mendapatkan tiket.

Awal tahun ini, penjualan tiket jelajah dunia popular Swift dilanda pelbagai masalah, mendorong perbicaraan Kongress Amerika berhubung penjualan tiket tanpa saingan oleh syarikat Ticketmaster.

Pada Khamis (31 Ogos), laman web AMC menunjukkan bahawa tiket bagi hujung minggu pertama di daerah New York hampir habis dijual.

Beberapa jam selepas pengumuman Swift itu, tayangan filem kedua filem klasik seram Universal "The Exorcist" ditangguhkan selama seminggu bagi mengelakkan pertembungan dengan filem konsert itu.

Penyanyi 33 tahun itu melengkapkan jelajah dunia di Amerika Utara dengan empat persembahan di Mexico, dan akan kembali dengan persembahan di Argentina pada November nanti. Konsert itu dirancang berakhir pada akhir 2024, dengan tiket-tiket enam persembahan di Singapura habis dijual pada Mac 2024.
Dengan 146 tarikh persembahan di stadium, Swift dijangka akan mencapai rekod jelajah dunia berbilion dolar yang pertama.
Sumber : AFP/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan