Jatt Ali 'Headbang' lagu 'metal 60-an' sempena konsert XPDC
Anggaran Waktu Membaca:
Jatt dan XPDC bakal disatukan kembali dalam Konsert XPDC Kita Peng Yu Headbang Live & Loud' di Kuala Lumpur. (Gambar: Jatt Ali)
SINGAPURA: Jika selama ini penyanyi 'otai' Jatt Ali cukup sinonim dengan lagu-lagu kumpulan Black Dog Bone (BDB) seperti 'Si Gadis Ayu' dan 'Khayalan', beliau bakal tampil dengan sisi berbeza dalam sebuah konsert tidak lama lagi.
Vokalis utama serta pemain dram kumpulan BDB berusia 70 tahun itu baru-baru ini dilamar untuk sama-sama menjayakan konsert 'XPDC Kita Peng Yu Headbang Live & Loud' pada bulan depan.
Dianjurkan Rockstation Event & Entertainment dari Malaysia, konsert itu bakal berlangsung pada 22 Ogos 2026 di Kuala Lumpur.

Semasa dihubungi bagi mengulas mengenai undangan nyanyian itu, Jatt memberi jawapan ringkas: "Rezeki jangan ditolak."
Menurut Jatt, beliau pernah terlibat dalam rakaman album 'metal 60-an' pada tahun 1998.
"Jadi, pengurus XPDC Yazid meminta penganjur konsert untuk hubungi saya bagi bertanya sama ada saya berminat untuk sertai konsert ini membawakan lagu-lagu metal 60an,” kongsi Jatt, sambil membuka cerita.
Bagi rakaman album 1998 itu, Jatt Ali telah merakamkan beberapa buah lagu, antaranya 'La Obe' nyanyian asal Kassim selamat, lagu 'Kenanganku' oleh Jefrydin dan 'Suratku Untukmu' oleh J.Sham - kesemuanya diberi sentuhan 'metal'.
Namun selepas rakaman album 1998 tersebut, Jatt meneruskan pelibatannya bersama kumpulan BDB.
Tambah Jatt, beliau belum pernah membuat persembahan bersama XPDC setelah muncul dengan album terbitan 1998.
“Saya tidak pernah pun terfikir mereka akan undang saya untuk nyanyi dengan mereka untuk mana-mana persembahan. Memang tidak ada.

"Jadi apabila mereka mahu buat konsert ini, saya terperanjat sampai saya tanya mereka, album ini tahun bila sebenarnya kerana saya sendiri tidak ingat,” kata Jatt, yang turut memenangi tempat ketiga bagi Gegar Vaganza 6.
KONSERT 3 SEGMEN
Pihak penganjur berkongsi dalam catatannya di Instagram bahawa konsert itu juga bakal menampilkan tiga segmen, yang "akan memberi rasa, emosi dan kepuasan yang berbeza".
“Kehadiran Yan dan Jatt akan diperkuatkan lagi dengan kemunculan istimewa Syed Ali, membawa semangat dan aura abangnya, Mael, terus hidup di pentas,” menurut catatan itu.
Yan merupakan bekas pemain bes Lefthanded, manakala Syed Ali pula ialah adik kepada penyanyi XPDC, Almarhum Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael. Almarhum meninggal dunia pada April 2023.
Selain segmen 'Metal', konsert itu juga akan mempunyai segmen 'Tribute' yang disifatkan sebagai "detik syahdu untuk memperingati perjuangan arwah Mael” dari XPDC.

Segmen 'Metal 60-an' yang menampilkan Jatt Ali pula bertujuan untuk “mengeksperimen bunyi rok kapak bertembung dengan nuasa klasik era 60-an.”
Lagu-lagu persembahan Jatt pada malam konsert itu turut dipilih oleh penganjur bersesuaian dengan konsep 'metal 60-an'.
Ditanya tentang perasaannya selepas diundang bagi konsert XPDC Kita Peng Yu, Jatt berkongsi: "Macam satu kejutan bermakna saya muda baliklah rupanya.
"Alhamdulillah, kalau mereka masih percaya dengan saya bahawa saya masih boleh bawakan lagu-lagu 'metal' Insya-Allah.
"Saya berjanji akan buat yang terbaik walaupun umur saya macam ini. Satu penghormatan bagi saya. Mana tahu selepas ini, ada rezeki, mereka tawarkan lagi. Yang penting badan perlu sihat."
Beliau menambah, isterinya menjaga pemakanannya bagi menggalaknya mengurangkan kolesterol.
"Selainnya, saya berenang untuk pernafasan. Berenang paling baik untuk pernafasan. Penyanyi harus panaskan suara dulu juga sebelum menyanyi," tambah Jatt.
MASIH TERIMA UNDANGAN BAGI LAGU BDB
Jatt, yang memulakan kerjaya bersama BDB sejak tahun 1972 itu, sebenarnya masih lagi menerima undangan nyanyian secara solo di Singapura, Malaysia, termasuk Sarawak bagi membawakan lagu-lagu 'hits' BDB seperti 'Hatiku Luka Lagi' dan 'Diganggu Kenangan'.
"Alhamdulilah rezeki saya banyak di Sarawak. Mereka suka dengan lagu-lagu Black Dog Bone," kata Jatt.
Jelasnya, beliau turut mendapat restu dari anggota-anggota BDB lain, yang tidak lagi aktif, untuk membawakan lagu-lagu BDB secara solo bagi sebarang undangan nyanyian.
Jatt berkata: "Mereka okay. Mereka tidak kisah, padahal saya beritahu mereka ada undangan dari Sarawak untuk BDB berkonsert di Sarawak. Mereka suruh saya pergi sahaja."
Beliau turut memenuhi sahaja permintaan peminat di Sarawak untuk membawakan lagu Hari Raya BDB iaitu Cahaya Aidilfitri, meskipun di luar musim Hari Raya.

Ketika diusik tentang kemungkinan ditawarkan XPDC untuk menjadi anggota tetap, Jatt berkata: "Mereka dah ada penyanyi, takkanlah mereka mahu tawarkan saya. Penyanyi baharu itu bernama Ari."
Namun demikian, beliau menzahirkan harapan agar peminat akan datang bagi menyokong konsert tersebut, termasuk peminat dari Singapura.
Tiket konsert sudah mula dijual. Butiran lanjut boleh didapati di laman ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.