Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Jantung macam jatuh, cemas" - Aaron Aziz panik isteri kemalangan

Anggaran Waktu Membaca:
"Jantung macam jatuh, cemas" - Aaron Aziz panik isteri kemalangan

Gambar: Instagram/ Diyana Halik

KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau apabila isteri kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik terlibat dalam kemalangan kereta pada petang Rabu (30 Nov).

Menerusi perkongsian Aaron di laman Instagram, dia menerima mesej daripada isterinya mengenai kemalangan tersebut sebaik sahaja bangun dari tidur, lapor agensi berita Astro Gempak.

Tiada kecederaan serius, namun Aaron tetap meminta isterinya terus ke Pusat Perubatan Prince Court memandangkan beliau mengadu sakit belakang dari leher ke pinggang.

“SubhanAllah bangun tidur dapat mesej daripada kesayangan saya beliau terlibat dalam kemalangan. Kereta sondol dari belakang. Terus jantung macam jatuh, cemas.

“Terus suruh dia langsung ke Prince Court sebab sakit belakang dia dari leher ke pinggang. Alhamdulilah X-ray baik-baik sahaja. Tapi doktor suruh kawal dan berehat selama 48 jam,” katanya seperti dinukil laporan Astro Gempak.

Pelakon itu turut berkongsi video memperlihatkan keadaan belakang kereta jenis Alphard warna hitam yang dipandu isterinya kemek selepas dilanggar kenderaan lain.

Video tersebut juga memperlihatkan isteri Aaron terlantar sakit ketika sedang dirawat di pusat perubatan tersebut.

Rata-rata netizen mendoakan agar isteri pelakon filem KL Gangster itu diberikan kesembuhan cepat dan dipermudah segala urusan.
Dalam pada itu, Aaron turut berpesan kepada isterinya agar terus berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

“Terima kasih kepada jururawat di Prince Court. Selalu terbaik. Berehat sayang. Bukan ke sana sini, faham. Dia ini kalau tak sakit, memang ligat. Kalau tak kerja ada sahaja aktiviti lain.

“Jadi kita tengok dia boleh duduk diam tak. #AbgsayangTapiTegas,” ujarnya.

Aaron mendirikan rumah tangga pada 2003 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana serta Dahlia Arissa.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan