Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Janna Nick bakal bangunkan pusat tahfiz di Kedah

Anggaran Waktu Membaca:
Janna Nick bakal bangunkan pusat tahfiz di Kedah

(Gambar: @jannanick/Instagram)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan yang beliau kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Demikian menurut laporan portal berita Gempak. 

Bakal diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah, Janna berkata, institusi berkenaan dijangka menelan belanja sekitar RM6 juta (S$1.9 juta). 

“Sebenarnya, dah lama saya memasang hajat dan juga impikan untuk membangunkan sebuah pusat tahfiz dan anak yatim.

“Tak sangka peluang tu ada dan ia (kompleks tahfiz) bakal dibangunkan secara bersama dengan AJK Masjid Kampung Bukit Kechil serta penduduk kampung.

“Berkenaan dengan lokasi pula, saya pilih Kampung Bukit Kechil kerana ia merupakan tempat saya membesar.

"Dalam masa yang sama, AJK masjid juga ahli keluarga saya sendiri,” katanya kepada Gempak. 

Dalam masa sama, Janna memberitahu yang kos yang diterima hasil sumbangan orang ramai berjumlah RM400,000 (S$126,720). 

"Kos yang dah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai berjumlah RM400,000 (S$126,720), termasuk kos untuk pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah.

"Untuk jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim pula adalah RM6 juta (S$1.9 juta).

"Buat masa sekarang, kami baru ada RM500,000 (S$158,410) dan jika cukup RM2 juta (S$633,180) kami baru mulakan pembinaan," katanya kepada Gempak lagi. 

Janna menambah, apabila sasaran kutipan berjaya diraih, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Sekolah tahfiz ini dibina untuk pelajar sekolah rendah, bermula darjah satu hingga enam.

"Satu kelas boleh memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan,” katanya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan