Janggut ahli silap mata di Indonesia ini terbakar dalam satu persembahan api
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: diasputerasejati/TikTok)
MADIUN: Sebuah persembahan sembur api bertukar menjadi cemas apabila janggut si ahli silap mata terbakar di Madiun, Jawa Timur Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, Limbad, atau nama sebenar Salim Babad, adalah seorang ahli silap mata dan pelakon yang terkenal dengan janggutnya.
Video api menyambar janggut Limbad kini viral di media sosial.
Dalam video itu, Limbat kelihatan membuat aksi berbahaya tersebut tanpa memakai baju dan hanya mengenakan seluar panjang hitam di hadapan penonton, lapor Detik.com.
Namun, apabila api mula terkena pada bahagian dagunya, Limbad kelihatan panik dan mula bergegas untuk memadamkannya.
Beliau dikatakan mengalami luka kebakaran pada muka sebanyak 8 peratus, lapor Detik.com.
Menurut Detik.com, ahli silap mata berusia 51 tahun tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil kerana dikhuatiri mengalami luka di dalam.

Sumber : Sumber Web/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.