Jangan terpedaya jika dapat mesej daripada Taufik Batisah atau Hossan Leong; ada yang menyamar
Pelakon komedi Hossan Leong dan penyanyi Taufik Batisah beri amaran kepada orang awam tentang penipu yang menyamar jadi diri mereka atau pasukan mereka di media sosial. (Gambar: Hossan Leong/Facebook dan Taufik Batisah/Instagram)
- Pada 20 Februari, Taufik memuat naik catatan Instagram yang berbunyi: "Saya difahamkan bahawa golongan penipu sedang menggila."
- Taufik berkongsi petikan gambar pertama yang menunjukkan penipu menyamar sebagai penolong peribadinya dan berkomunikasi dengan peminat di TikTok.
- Hossan Leong pula menerusi Facebook beliau pada 22 Februari berkata penipu menggunakan deepfake AI untuk menghasilkan naratif palsu bahawa Leong melabur wang ke dalam satu produk kewangan.
- Tambahnya, peminat harus "sentiasa memeriksa" dan mengesahkan satu-satu perkara untuk mengelak ditipu.
Kedua-duanya memberi amaran mengenai perkara itu kepada peminat menerusi media sosial.
Pada 20 Februari, Taufik memuat naik catatan Instagram yang berbunyi: "Saya difahamkan bahawa golongan penipu sedang menggila."
Beliau memetik contoh penipu yang mendekati peminat menerusi pelbagai platform media sosial.
Taufik berkongsi petikan gambar pertama yang menunjukkan penipu menyamar sebagai penolong peribadinya dan berkomunikasi dengan peminat di TikTok.
Seorang penipu di Facebook pula membalas komen-komen peminat Taufik.
Satu lagi penipu di Instagram pula menghantar mesej privet kepada peminat dan menyamar sebagai pengurus media sosial Taufik, yang disifatkan oleh penyanyi itu sebagai "paling gila".
"Jika ada acara rasmi, saya akan berkomunikasi dengan anda menerusi akaun-akaun rasmi saya," kata Taufik.
"Tolong jangan terpedaya. Jangan klik pada sebarang pautan yang dihantar kepada anda, jangan sertai kumpulan telegram, tolong jangan pindahkan sebarang wang. Laporkan akaun-akaun ini," tambah Taufik.
Menurut beliau dalam kapsyennya, segelintir sahabat baiknya hampir terperdaya oleh penipuan tersebut dan menggalakkan peminat mengirimkan WhatsApp atau emel kepada pasukan beliau jika mereka kurang pasti sama ada mesej yang diterima adalah sahih.
Hossan Leong pula menerusi Facebook beliau pada 22 Februari berkata penipu menggunakan deepfake AI untuk menghasilkan naratif palsu bahawa Leong melabur wang ke dalam satu produk kewangan, sekali gus memperdaya peminat supaya melakukan perkara sama.
Tambahnya, peminat harus "sentiasa memeriksa" dan mengesahkan satu-satu perkara untuk mengelak ditipu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.