Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Jangan takut ke depan', kata Maria Menado kepada penerbit filem wanita

Industri perfileman Malaysia kian berkembang, dengan para penonton tempatan semakin memberi sokongan positif terhadap filem-filem yang dihasilkan oleh para penerbit tanah air itu.

Anggaran Waktu Membaca:
'Jangan takut ke depan', kata Maria Menado kepada penerbit filem wanita

Seniwati Maria Menado.

Diterbitkan : 08 Jan 2019 02:05PM Dikemas Kini : 08 Jan 2019 02:15PM

PETALING JAYA: Industri perfileman Malaysia kian berkembang, dengan para penonton tempatan semakin memberi sokongan positif terhadap filem-filem yang dihasilkan oleh para penerbit tanah air itu.

Seniwati Maria Menado berkata, ia jelas dapat dilihat menerusi kebanyakan filem yang berjaya meraih pendapatan berjuta-juta ringgit.

Maka itu, Maria menyeru kepada para penerbit wanita Malaysia supaya berani tampil menghasilkan filem-filem membanggakan bagi terus melestarikan industri perfileman negara itu.

BH Online memetik Maria sebagai berkata: "Walaupun sudah berpuluh tahun tidak berlakon dan meninggalkan dunia produksi, saya masih mengikuti perkembangan dunia perfileman tanah air.

"Memang dari dulu, tidak ramai penerbit filem wanita, malah jumlahnya boleh dikira dengan jari. Barangkali, ia disebabkan masalah modal dan cabaran menarik orang ke pawagam."

Maria mengongsi kepada BH Online bahawa beliau dapat merasakan perubahan itu sejak para penggemar filem Melayu, termasuk cucunya sendiri, mula mengunjungi pawagam yang menyaksikan dan memberi sokongan kepada filem-filem Melayu.

“Sekiranya dana mencukupi, skrip dan senarai pelakonnya juga bagus, jangan takut untuk ke depan. Saya yakin produser wanita kita mampu memberikan filem yang menepati selera,” katanya.

Seniwati yang pernah digelar sebagai 'Wanita Terjelita Malaya' oleh Times Magazine mengakui bahawa cintanya terhadap filem Melayu tetap membara sehingga masa kini.

Maria sebelum ini syarikat penerbitannya sendiri, Maria Menado Production (MM Production). Antara filem-filem yang pernah diterbitkan beliau di bawah MM Production termasuk Darahku, Bunga Tanjung dan Pontianak Kembali pada 1963.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan