Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

James Bond akan kembali beraksi, dedah penerbit 'No Time To Die'

Filem 'No Time To Die' mungkin kali terakhir pelakon Daniel Craig membawakan watak James Bond namun ini tidak bermakna watak ejen perisik itu akan "lenyap" selama-lamanya dari pawagam.

Anggaran Waktu Membaca:
James Bond akan kembali beraksi, dedah penerbit 'No Time To Die'

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 08:41AM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 08:42AM

NEW YORK: Filem 'No Time To Die' mungkin kali terakhir pelakon Daniel Craig membawakan watak James Bond namun ini tidak bermakna watak ejen perisik itu akan "lenyap" selama-lamanya dari pawagam.

Penerbit filem itu, Barbara Broccoli berkata di satu acara baru-baru ini bahawa meskipun ia masih tidak jelas bagaimana francais itu akan diteruskan, "James Bond tetap akan kembali beraksi".

Broccoli mendedahkan di acara 'Contenders Film: New York' anjuran Deadline pada Sabtu (4 Dis): "Kami akan fikirkan sesuatu, namun watak itu tetap akan kembali beraksi. Usah bimbang James Bond akan kembali beraksi."

Pelakon Rami Malek, yang membawa watak jahat bernama Lyutsifer Safin dalam filem terbaru Bond itu, berkongsi tentang kesukaran yang dihadapi untuk mendalami watak yang dilakonkannya.

"Saya selalunya cuba untuk menghayati watak itu menerusi rasa empati dan simpati serta keupayaan watak itu untuk mengimbangi antara baik dan buruk, dan ia agak sukar bersama Safin," kata Malek.

Filem 'No Time To Die' ditayangkan di pawagam pada hujung September dan ia merupakan filem kelima dan terakhir Craig melakonkan watak Bond setelah menjayakan watak itu dalam filem 'Casino Royale' (2006), 'Quantum Of Solace' (2008), 'Skyfall' (2012) dan 'Spectre' (2015.

Menurut Deadline, filem terbaru Bond itu meraih keuntungan AS$756 juta (S$1 bilion) di seluruh dunia dan pada pertengahan November ia merupakan filem Hollywood paling popular pada 2021 dan semasa pandemik di seluruh dunia.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan