Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional

Anggaran Waktu Membaca:
Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional

Gambar: Harian Metro/Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Jamal Abdillah menarik diri daripada menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) atas faktor prinsip yang disifatkan tidak sesuai dengan dirinya.

Jelas Jamal, beliau memaklumkan ramai peminatnya yang menyuarakan pandangan agar menarik diri dari dunia politik.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin menarik diri dan politik tidak sesuai dengan prinsip saya sebagai penghibur. Saya menginginkan semua orang menyukai saya yang mana, peminat saya juga berada dalam parti-parti politik, sedangkan ramai meminta saya menarik diri, dedah Jamal.

"Keluarga, sahabat dan peminat-peminat mohon saya melakukan itu. Saya pun berpendapat lebih baik saya neutral dan kalau ingin melontarkan pandangan, biarlah dengan cara yang tersendiri," katanya kepada portal Harian Metro.

Penyanyi berusia 63 tahun itu turut berterima kasih kepada pihak MN yang menawarkan peluang menyertai NGO itu dalam usaha memperjuangkan kemakmuran negara.

"Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang menjemput saya menyertai MN dan yakin dengan diri saya. Memang sebagai bapa dan ketua keluarga, tiada lain yang saya inginkan untuk negara yang tercinta melainkan sebuah negara aman, bersatu padu, makmur dan sejahtera," katanya.

Awal dari itu, Jamal adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN yang memaklumkan bahawa Presiden MN Annuar Musa sendiri menjemputnya menyertai NGO itu.
Sumber : Agensi berita/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan