Jamal Abdillah nafi hubungan dengan anak renggang

Gambar: Agensi berita
KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Jamal Abdillah menafikan dirinya menjadi punca hubungan dengan anak keduanya, Zaki Yamani menjadi renggang.
Walaupun tidak tinggal bersama, namun Jamal berkata, beliau masih melayan anaknya secara sama rata dan tidak membeza-bezakan kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka, seperti dinukil oleh Astro Gempak.
“Untuk maklumat anda, saya masih lagi berhubung dengan anak saya.
"Tambahan pula, Zaki kini merupakan salah seorang peserta sebuah program televisyen dan saya juga terbabit dalam rakaman program itu,” kata beliau kepada Astro Gempak.
Jamal berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Ahmad Nawab di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Jamal berkata, beliau sudah menyediakan rumah untuk kedua-dua orang anaknya itu.
Tambah penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi, anak-anaknya juga terbuka untuk tinggal bersama dengannya.
“Saya dah siapkan semua untuk anak-anak saya. Tetapi, apa-apa pun, saya serahkan segalanya kepada ibu mereka dan juga Allah SWT,” kata beliau lagi.
Awal dari itu, kontroversi tercetus apabila Zaki pernah meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak berpeluang untuk beraya bersama bapanya.
Jamal kemudian mendakwa dia dihalang daripada bertemu dengan anaknya itu selepas bercerai dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.