Jamal Abdillah kembali gegar pentas SG bersama bintang tetamu Francissca Peter pada Mei ini
Francissca Peter (kiri) dan Jamal Abdillah (kanan) membuat persembahan di Singapura bagi konsert amal Projek Kasih, anjuran Persatuan Ain dan Mediacorp Suria. (Photo: Mediacorp)
Kerjaya seni Jamal Abdillah bermula pada 1973. Sejak itu, beliau telah melancarkan beberapa lagu hit termasuk 'Azura', 'Kekasih Awal Dan Akhir' dan 'Ghazal Untuk Rabiah'.
Tiket bagi konsert tersebut kini boleh didapatkan menerusi Sistic, pada harga antara S$98 dan S$188. Para peminat yang membeli tiket Cat 1, juga berpeluang untuk menghadiri sesi ramah mesra bersama dengan Jamal Abdillah selepas konsert itu.
Jamal Abdillah dan Francissca Peter baru-baru ini membuat persembahan di Singapura bagi konsert amal Projek Kasih, anjuran Persatuan Ain dan Mediacorp Suria, yang bermatlamat untuk mengumpul dana khususnya bagi para pesakit barah.
Ketika ditemui BERITA Mediacorp, Jamal berkata: "Saya bersyukur kerana dipilih untuk sama-sama menjayakan Projek Kasih Persatuan Ain dan bersyukur bakat saya ini boleh digunakan untuk sama-sama mengajak orang untuk menderma."
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.