Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jamal Abdillah dan isteri pilih tarikh 22.2.22 untuk lahirkan anak

Anggaran Waktu Membaca:
Jamal Abdillah dan isteri pilih tarikh 22.2.22 untuk lahirkan anak

Jamal Abdillah dan isterinya, Zai Izzati. (Gambar: Zai Izzati/Instagram)

Diterbitkan : 10 Feb 2022 09:10AM Dikemas Kini : 10 Feb 2022 09:14AM

KUALA LUMPUR: Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, 63 tahun dan isteri, Zai Izzati, 27 tahun, memilih tarikh 22 Februari sebagai tarikh kelahiran anak kelima yang bakal diberi nama Iskandar Rayyan Yamani.

Jamal berkata, biarpun Zai Izzati dijangka bersalin pada 28 Februari, namun, isterinya sanggup melahirkan anak secara pembedahan kerana mahu mendapatkan tarikh kelahiran 'cantik', lapor BH Online.

"Jika diikutkan, isteri akan bersalin pada 28 Februari. Namun, Insya-Allah, Zai melahirkan anak secara pembedahan pada 22 Februari.

"Tarikh 22 Februari dipilih kerana angka cantik. Tetapi sebagai manusia, kita hanya mampu merancang," kata beliau kepada BH Online.

Jamal ditemui pada majlis sidang media Konsert 'A Night To Remember' yang menggandingkan dirinya bersama Zamani di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur, pada 26 Mac depan.

Mengulas pemilihan nama Iskandar Rayyan Yamani untuk si kecil, penyanyi 'Kekasih Awal dan Akhir' itu berkata, nama berkenaan sangat unik di mata mereka.

"Pada mulanya hendak letak nama Iskandar Zulkarnain. Namun, nama itu sudah biasa didengar. Jadi, kami pilih Iskandar Rayyan," kata beliau.

Biarpun berpengalaman mengasuh anak kecil, penyanyi bervokal mantap ini mengakui ada ketika rasa tekanan menyambut kelahiran anak ketiga bagi perkahwinan keempatnya itu, seperti dinukil BH Online.

"Memang 'stress' hendak kembali menjaga bayi. Tetapi, hendak buat macam mana, kenalah sentiasa saya bersiap sedia.

"Saya fikir, orang rumah saya pun bersusah payah kiri dan kanan menjaga anak. Pembantu rumah kami pun tahun ini sahaja sudah empat orang berhenti kerja.

"Jadi, saya takkan hendak biarkan isteri sendirian menguruskan anak... Saya kenalah bantu," kata beliau.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperoleh cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober 2019.

Pada November 2020, pasangan itu memiliki anak kedua, El Issac Yamani.

Selain Azura dan El Issac, Jamal mempunyai dua lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan