Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jamal Abdillah ceburi bidang kosmetik pula

Bukan mudah untuk menceburi perniagaan pada usia yang lewat tanpa berbekalkan pengalaman kerana pasti mengundang risiko yang besar.

Anggaran Waktu Membaca:
Jamal Abdillah ceburi bidang kosmetik pula

Gambar: Instagram/zaraniabeauty

Diterbitkan : 29 Oct 2021 07:54AM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 08:14AM

KUALA LUMPUR: Bukan mudah untuk menceburi perniagaan pada usia yang lewat tanpa berbekalkan pengalaman kerana pasti mengundang risiko yang besar.

Tambah lagi, jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu yang di luar bidang kepakaran seseorang individu.

Bagaimanapun ia bukan satu masalah buat penyanyi legenda bergelar 'Raja Pop', Jamal Abdillah.

Berbekalkan semangat yang tinggi, Jamal kini melebarkan cabang perniagaan berkaitan kosmetik pula selepas memiliki perniagaan ikan arowana, lapor Harian Metro.

Jamal, 62 tahun, memilih untuk menjadi rakan perniagaan kepada Zarania memandangkan syarikat terbabit memiliki reputasi tinggi apabila pernah mengeluarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran lebih 10 tahun.

"Idea untuk kerjasama ini tercetus apabila saya melihat hobi isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin yang gemar berhias cantik dan bersolek setiap masa.

"Jadi, saya berminat jalin kerjasama dengan syarikat kosmetik itu sebagai hadiah buat isteri, sempena dia hamil anak ketiga kami.

"Walaupun teruja dengan perniagaan baru ini, namun perasaan bimbang itu tetap ada kerana ini pertama kali saya menceburi bidang kosmetik.

"Tapi, saya percaya produk ini boleh pergi jauh dan mungkin ia permulaan untuk saya aktif dalam bidang ini dan kalau ada rezeki, kami bakal keluarkan pelbagai produk kosmetik lain pula," katanya kepada Harian Metro

Katanya, ketika ini sebanyak sembilan produk sudah berada di pasaran dengan harga mampu milik dan berpatutan dari RM25 (S$8) hingga RM49 (S$16).

Bahkan katanya, sebagai penghargaan kepada lagu popularnya, set Azura turut diperkenalkan dengan tawaran harga pakej lebih jimat di mana pembeli berpeluang untuk menang hadiah menarik.

"Keistimewaan produk Zarania ialah semua rangkai produknya dihasilkan oleh kilang tempatan yang memiliki sijil bertauliah oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP).

"Malah bahan kandungan dalam produk juga selamat digunakan, sesuai untuk segala peringkat umur selain kualiti setanding dengan produk antarabangsa.

"Kalau nak tahu apa lagi keistimewaan produk ini, pengguna kenalah mencuba sendiri," katanya yang turut menyasarkan jualan di Brunei, Indonesia serta Singapura.

Harian Metro turut melaporkan, kata Jamal, jika ada rezeki pada masa akan datang, pihaknya ingin mengeluarkan lebih banyak produk yang biasa digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

"Hari ini pun, ada golongan lelaki yang gemar memakai produk komestik dan mungkin lepas ini Zarania akan keluarkan produk kosmetik untuk lelaki pula.

"Saya bersyukur apabila sepanjang pandemik masih ramai yang membeli produk ini biarpun penjualannya dibuat secara dalam talian.

"Lagi pula, ini juga antara strategi pemasaran syarikat sekarang untuk memberi fokus kepada jualan 'online'," katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan