Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jamal Abdillah bakal timang anak kelima

Penghibur legenda Malaysia, Jamal Abdillah sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata kelimanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jamal Abdillah bakal timang anak kelima

Jamal Abdillah dan isterinya, Zai Izzati bakal meninmang cahaya mata Disember ini. (Gambar: Zai Izzati/Instagram)

Diterbitkan : 17 Aug 2021 08:53PM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 08:59PM

KUALA LUMPUR: Penghibur legenda Malaysia, Jamal Abdillah sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata kelimanya.

Menurut penyanyi kesayangan ramai itu, kandungan isterinya, Datin Zai Izzati kini sudah berusia 12 minggu.

Berkongsi berita gembira itu kepada Astro Awani Jamal Abdillah berkata, sekiranya diizinkan oleh Allah, beliau dan isteri berharap agar dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

“Kalau Allah beri rezeki anak perempuan tentu sekali kami sangat gembira. Saya juga merancang anak kelima lahir pada 12 Disember 2021,” kata penyanyi lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir itu kepada Astro Awani ketika dihubungi pada Selasa (17 Ogos).

Menerusi pernikahan dengan Zai Izzati, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, dua tahun, dan El Issac Yamani yang berusia sembilan bulan.

Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019 sementara El Issac Yamani juga diputerakan pada tarikh yang mudah diingati iaitu pada 11.11.2020.

Jamal Abdullah juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 19 tahun dan Ahmad Zaki Yamani,14 tahun menerusi perkahwinan terdahulu, lapor Astro Awani.

Nur Azura merupakan anak perempuan tunggal Jamal Abdillah. Menurut beliau, kehadiran seorang lagi ahli keluarga amat-amat membahagiakannya sekalipun pada usianya sudah mencecah 62 tahun.

“Kehadiran anak adalah rezeki. Saya sangat bersyukur kerana Allah terus mengurniakan rezeki anak buat saya dan isteri,” ujar beliau lagi.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan