Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jamal Abdillah bakal adakan konsert di S'pura sempena 50 tahun kerjaya seni

Anggaran Waktu Membaca:
Jamal Abdillah bakal adakan konsert di S'pura sempena 50 tahun kerjaya seni

(Gambar: Facebook/Pesta Raya)

BERITAmediacorp: Ini berita baik bagi para peminat Raja Pop Malaysia!

Jamal Abdillah bakal mengadakan konsert di Dewan Konsert Esplanade pada Tahun Baru, 1 Jan 2023 pada jam 8.00 malam.

Konsert yang berjudul 'Aku Jamal...Perjalananku' selama 90 minit itu menandakan 50 tahun perjalanan seninya serta sebagai tanda penghargaan kepada para peminatnya di Singapura seperti yang didedahkan di laman Facebook Pesta Raya.

Tiket-tiket kini sudah mula dijual pada harga S$35, S$55 dan S$75.

Harga bagi sesi ramah mesra bersama pelantun lagu Azura serta Kekasih Awal dan Akhir itu termasuk tiket Cat 1 dan poster yang ditandatangi berharga S$90.

Namun para penonton berpeluang menikmati penjimatan sehingga 20 peratus bagi tempahan awal tiket hingga 21 Ogos ini.

Orang ramai boleh melayari laman Esplanade bagi maklumat lanjut.
Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa