Jaket, kaki mikrofon milik Amy Search dipamer di Hard Rock Cafe
Penyanyi rock Amy Search berbangga apabila impiannya untuk melihat namanya terukir di dinding Hard Rock Café (HRC) tercapai.

(Gambar: Instagram/ [at] aku.amysearch)
MALAYSIA: Penyanyi rock Amy Search berbangga apabila impiannya untuk melihat namanya terukir di dinding Hard Rock Café (HRC) tercapai.
Jaket dan kaki mikrofon milik penyanyi legenda itu akan diabadikan dalam sebuah pameran di Hotel Hard Rock di Desaru resort, Johor.
Astro Awani difahamkan kedua-dua barang milik Amy itu digunakan ketika Konsert Jelajah Fenomena 30 Tahun Search pada 2011.
"Alhamdulillah selepas 38 tahun, ini adalah satu saat yang epik. Saat yang ku idamkan. Semasa pertama kali mengunjungi cafe itu dan melihat memorabilia artis-artis lain yang dipaparkan di dinding, aku berangan dalam hati yang memorabilia milikku juga akan turut dipamerkan.
“Terima kasih Hard Rock Desaru Coast, Johor kerana mengabadikan salah satu koleksi pakaian dan kaki mikrofon yang merupakan kenangan yang indah semasa konsert Jelajah Fenomena 30thn Search 2011. Ia menjadi ikon 'rock & roll' jenama Hard Rock Hotel Desaru Coast Johor,” tulisnya.
Amy juga berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Amy, beliau juga berbangga dengan perghargaan itu kerana ia bertaraf antarabangsa dan tertinggi dalam kerjayanya.
“Apa yang membanggakan aku, aku memperoleh sebuah penghargaan bertaraf internasional dan tertinggi dalam kerjaya aku.
“Walaupun penghargaan ini bukan dari negeri Johor, kebetulan aku budak Johor, dan penghargaan ini diberi di negeri kelahiranku!
“Ia terdapat secara eksklusif hanya di Hotel Hard Rock Desaru Coast Johor, tidak di tempat lain. Dan inilah peninggalanku untuk generasi rok & roll seterusnya. Hiduplah rok and roll!' kata Amy.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.