Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jaket Han Solo dilelongkan pada harga £1 juta!

Sehelai jaket yang pernah dipakai oleh pelakon Harrison Ford sewaktu memainkan watak Han Solo dalam filem Star Wars, The Empire Strikes Back, adalah antara barangan yang dijual dalam lelongan memorabilia filem di London pada Khamis (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jaket Han Solo dilelongkan pada harga £1 juta!

Jaket Han Solo dijangka dijual pada harga B#1 juta (S$1.6 juta) dalam acara lelongan. (Adrian Dennis/AFP)

Diterbitkan : 21 Sep 2018 12:04AM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 12:08AM

LONDON: Sehelai jaket yang pernah dipakai oleh pelakon Harrison Ford sewaktu memainkan watak Han Solo dalam filem Star Wars, The Empire Strikes Back, adalah antara barangan yang dijual dalam lelongan memorabilia filem di London pada Khamis (20 Sep).

Lebih 600 pakaian dan barangan dari filem-filem dan program televisyen popular, termasuk topi fedora Indiana Jones dan 'hoverboard' Marty McFly dalam filem Back To The Future II dalam acara lelongan oleh Prop Store di kompleks BFI Imax.

Penjual memorabilia filem itu menganjurkan acara lelongan setiap tahun sejak 2014 dan menjangka meraih rekod pendapatan £3.5 juta (S$5.60 juta).

Barangan utama dalam acara lelongan itu adalah jaket kelabu kebiruan yang pernah dipakai Han Solo dalam Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back. Ia dijangka dijual pada harga £1 juta (S$1.6 juta) dalam acara lelongan berkenaan.

Sementara itu, topi fedora yang digayakan oleh Ford dalam filem Raiders of the Lost Ark dan cemeti dari filem Temple of Doom juga dilelong. Topi fedora dengan tandatangan Ford dijangka dijual pada harga sehingga £300,000 (S$482,000).

Para peminat Back to the Future juga berpeluang memiliki hoverboard yang digunakan pelakon Michael J. Fox, dengan alat itu dijangka dijual antara harga £30,000-50,000 (S$48,000-80,000).

Selain itu, barangan lain yang dilelong termasuk barangan dari filem James Bond, The Godfather, Harry Potter, Batman, Aliens, Star Trek, Blade, Tomb Raider dan Men in Black. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan