Jadual padat dengan persembahan, Zamani akui ada masanya cepat penat
Anggaran Waktu Membaca:
(Penyanyi Zamani menghiburkan peminat dalam Konsert Hitster Volume One - Otai Sangat Menyengat, Gambar: Muse+)
KUALA LUMPUR: Penyanyi Slam, Zamani, 54, mengaku kesibukannya memenuhi tawaran persembahan yang tidak putus membuatkan beliau berasa bimbang kerana cepat berasa penat.
Namun pada masa yang sama, beliau enggan menolak rezeki.
Zamani berkata, buat masa ini dalam tempoh seminggu beliau akan menerima sehingga tiga atau empat tawaran menyanyi yang bukan hanya tertumpu pada persembahan besar sahaja kerana beliau juga mahu bertemu dengan peminat, lapor Harian Metro.
"Alhamdulillah, setakat ini saya akan terima tiga atau empat tawaran menyanyi dalam seminggu. Tawaran yang saya ambil itu bukan 'show' besar saja, tapi ada juga saya terima 'show' biasa sebab yang penting pada saya nak jumpa peminat.
"Bayaran saya pula senang saja, saya melihat pada acara disertai itu. Contoh kalau festival makanan, saya ambil juga tapi harga tak bolehlah letak macam majlis makan malam korporat," katanya.
Ditanya tahap kesihatannya sekarang, Zamani berkata beliau bersyukur masih sihat tetapi susulan hadual kerja yang agak sibuk ia menyebabkannya mudah berasa penat hingga tiba di satu tahap di mana beliau perlu mengurangkan tawaran kerja yang diterima.
"Setakat ini, tahap kesihatan saya Alhamdulillah dalam keadaan yang baik. Cuma penat itu memang saya penatlah. Tapi, mungkin sampai satu tahap nanti, saya kena kurangkan kerja juga.
"Apapun, saya kini boleh berdiri berapa lama pun. Namun, saya tak tahu keadaan saya macam mana sama ada berdiri itu tegak atau bengkok ke? Tapi, rasa lenguh-lenguh (berdiri) tetap ada dan masih boleh diatasi," katanya, seperti dinukil laporan Harian Metro.
Katanya, beliau uga masih mengambil ubat yang disarankan oleh doktor serta melakukan pemeriksaan berkala mengikut temujanji untuk masalah tulang belakang yang dihidapinya selepas menjalani pembedahan pada November 2022 lalu.
Zamani juga berkata segala urusan tawaran menyanyi yang diterimanya kini diuruskan oleh isteri, Nur Juliana Abdul Rani dan ia memudahkan serta sangat membantunya dalam mengatur jadual kerja.
Sebelum ini, Zamani pernah menghadapi masalah tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis yang memerlukan beliau menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang belakangnya dua tahun lalu.
Ini walaupun pembedahan itu cukup berisiko akibat faktor usianya.
Zamani selamat menjalani pembedahan tulang belakang selama tujuh jam itu di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.