Jacyln Victor berhajat kongsi hadiah kemenangan GV9 dengan anak-anak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: @jaclyn_victor/Instagram)
KUALA LUMPUR: Bersyukur dengan kemenangan pada Ahad (27 Nov) malam, Juara Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Jaclyn Victor berhajat untuk berkongsi hadiah kemenangan bernilai RM100,000 (S$30,765) dengan anak-anaknya.
Kata Jaclyn, wang berkenaan akan diberikan kepada Jonah Joshiah Rivera, 7 tahun dan Molly Marguerita Rivera, 5 tahun sebagai simpanan untuk kegunaan mereka pada masa depan.
“Belum terfikir untuk perancangan lain lagi, tapi buat masa ini, yang pasti adalah saya mahu kongsikan wang itu buat dua orang anak saya sebagai simpanan masa depan mereka."
“Tak perlu belikan mainan lagi, dah cukup banyak. Saya mahu galakkan mereka menabung dan menyimpan wang,” katanya yang ditemui pada sidang media GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, lapor agensi berita Malaysia kini.
Jaclyn, 43 tahun, menewaskan lima peserta lain, yang memberikan persaingan hebat bagi merebut gelaran juara.
Juri tetap, Encik Ramli MS berkata, penyanyi itu yang memperoleh markah 85.6 peratus layak memenangi gelaran tersebut kerana berjaya memberi persembahan terbaik dalam kedua-dua segmen iaitu solo dan battle.
Menurut Jaclyn, segala kepayahan bersaing selama 11 minggu amat berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai juara GV9.
“Saya berikan yang terbaik kerana tahu peserta yang lain juga berbuat begitu. Namun, apa yang penonton lihat di televisyen tak semudah yang dibayangkan,” katanya.
Jaclyn mempertaruhkan lagu 'It's All Coming Back to Me Now' nyanyian asal Celine Dion dan 'The Real Slim Shady' (Eminem) serta 'Sang Saka Biru' (Joe Flizzow, Alyph, Altimet dan Sonaone) dalam pusingan rap bersama kumpulan V.E.
Selain membawa pulang wang tunai, dia turut menerima hadiah sebuah trofi serta percutian ke Paris.
Pada masa sama, Jaclyn berkata, dia memerlukan masa rehat secukupnya sebelum kembali meneruskan kariernya sebagai penyanyi, menurut agensi berita Malaysia kini.
Katanya, sepanjang tempoh GV9 berlangsung dia memberikan sepenuh perhatian kepada persiapan persembahan dan terpaksa mengorbankan waktu bersama anak-anaknya.
“Saya katakan kepada anak-anak, kamu doakan mama akan menang GV9 dan kita semua boleh pergi bercuti."
“Saya mahu luangkan masa bersama mereka sepuas-puasnya,” ujarnya, lapor agensi berita Malaysia kini.
Jaclyn berpisah dengan suami, yang juga bekas anggota kumpulan terkenal Amerika Syarikat (AS), Az Yet, Shawn Rivera pada 2020 selepas lima tahun hidup bersama.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.