Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jaclyn Victor juarai GV9 pusingan 4, tiada yang disingkirkan kali ini

Anggaran Waktu Membaca:
Jaclyn Victor juarai GV9 pusingan 4, tiada yang disingkirkan kali ini

(Gambar: @gegarvaganza.official/Instagram)

Diterbitkan : 10 Oct 2022 12:54PM Dikemas Kini : 10 Oct 2022 12:54PM

KUALA LUMPUR: Tiada penyingkiran! Semua 11 bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) layak mara ke konsert kelima GV9 yang berlangsung pada Ahad (9 Okt) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dalam pada itu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara konsert pada Ahad malam (9 Okt) apabila mendapat markah tertinggi menerusi lagu You Raise Me Up nyanyian asal penyanyi antarabangsa Josh Groban.

Dengan bertemakan kerohanian, 11 bintang GV9 membawakan pilihan lagu ‘aman di mata, damai di hati’ yang diadili oleh juri tetap Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Syafinaz Selamat.

Pengacara hebat Sherry Alhadad bergandingan bersama Elly Mazlein bagi menggantikan Nabil Ahmad, lapor Gempak. 

Anugerah Juara Next Level Digi pula dimenangi oleh Fuad Rahman selama empat minggu berturut-turut berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000 (S$306).

Selain itu, selaku juara minggu keempat, Jaclyn Victor juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 (S$306) dan barangan Adabi bernilai RM500 (S$153), menurut laporan Gempak. 

Manakala Tom memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah penapis air Warrior Bernilai RM3,680 (S$1,128). 

Musim baru ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 (S$30,643), naib juara pula akan meraih RM50,000 (S$15,322), tempat ketiga akan menerima RM30,000 (S$9,193), tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000 (S$6,129), RM15,000 (S$4,596) dan RM10,000 (S$3,064). 

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, pukul 9.00 malam.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa