Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jaclyn Victor juara Gegar Vaganza 9

Anggaran Waktu Membaca:
Jaclyn Victor juara Gegar Vaganza 9

(Gambar:@gegarvaganza.official/Instagram)

KUALA LUMPUR: Jaclyn Victor mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir untuk muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 (S$30,765) dan percutian ke Paris.

Jaclyn mendendangkan lagu 'It's All Coming Back to Me Now' nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru dalam pusingan rap bersama kumpulan V.E, menurut laporan Astro AWANI. 

Jaclyn sebelum ini menjuarai empat episod pertandingan tersebut sepanjang 10 minggu lalu.

Di tempat kedua adalah Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai RM80,000 (S$24,612), manakala Shila Amzah membawa pulang RM30,000 (S$9,229) di tempat ketiga.

Penyanyi versatil, Tomok memenangi tempat keempat dengan wang tunai RM20,000 (S$6,153), disusuli kumpulan V.E. di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000 (S$4615). 

Bintang Singapura, Hazrul Nizam meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang RM10,000 (S$3,076). 

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi, manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan