Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jaafar Onn masuk hospital akibat sesak nafas

Anggaran Waktu Membaca:
Jaafar Onn masuk hospital akibat sesak nafas

(Gambar: Instagram/Jaafar Onn)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 72 tahun, dimasukkan ke Hospital Ampang, pada Sabtu (20 Mac).

Beliau dilaporkan mengalami sesak nafas akibat kepenatan kerana terlalu banyak bekerja, lapor BH Online.

Rakan selebriti yang juga penyampai radio Buletin FM, Haiza Hanafi berkongsi perkara itu sambil berkata Jaafar memerlukan masa untuk berehat.

"Papa (panggilan Jaafar) memaklumkan, tak sihat dan perlu berehat di hospital. Mungkin saya akan pergi melawat Papa, (pada Rabu) memandangkan jadual agak padat."

"Saya dimaklumkan Papa mengalami sesak nafas, ditambah pula kepenatan terlalu sibuk bekerja. Apabila doktor buat pemeriksaan, paru-parunya sedikit berair.

"Antara lain tujuan Papa dimasukkan ke wad disebabkan mahu memberi peluang kepadanya untuk berehat," katanya kepada BH Online.

Haiza juga berkongsi Jaafar dimasukkan ke wad kira-kira jam 4.30 petang, pada Isnin selepas pulang menjayakan sebuah program di Kedah.

Bagaimanapun, keadaannya masih stabil.

"Papa beritahu banyak tawaran kerja diterima, jadi masa untuk berehat itu agak kurang sejak akhir ini.

"(Kelmarin), Papa rasa sesak nafas dan terus dibawa ke hospital. Keadaannya stabil, cuma perlukan masa untuk berehat.

"Bila keluar saya tak pasti, tetapi saya berharap keadaannya tidak begitu serius dan boleh sembuh dalam waktu terdekat," katanya kepada BH Online.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan