Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

J Lo, Ben Affleck berkahwin di Las Vegas

Anggaran Waktu Membaca:
J Lo, Ben Affleck berkahwin di Las Vegas

(Gambar: Valerie Macon/AFP)

Diterbitkan : 18 Jul 2022 10:10AM Dikemas Kini : 18 Jul 2022 10:10AM

LOS ANGELES: Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck berkahwin di Las Vegas pada Sabtu (16 Jul), 18 tahun selepas hubungan mereka terputus, menurut dokumen mahkamah.

Ia berdasarkan lesen perkahwinan yang mereka failkan di Clark County, Nevada, yang dilihat oleh AFP.

Pasangan itu berkenalan semasa sesi penggambaran filem Gigli pada 2002.

Hubungan mereka kemudian mendapat liputan meluas media, namun pasangan itu menangguhkan majlis perkahwinan yang dirancang pada 2003.

Kedua-duanya kemudian mengumumkan untuk berpisah pada awal 2004.

Pasangan yang digelar sebagai Bennifer kembali hangat diperkatakan tahun lalu apabila gambar mereka yang dilihat bersama, tersebar.

Lopez, 52 tahun, dan Affleck, 49 tahun, mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu.

Ini adalah perkahwinan keempat untuk Lopez dan kedua bagi Affleck.

Lopez sebelum ini berkahwin dengan pelakon, Ojani Noa; penari, Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony yang mana mereka mempunyai anak kembar Max dan Emme, 14 tahun.

Affleck pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan hasil perkahwinan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu, Violet, 16 tahun, Seraphina, 13 tahun, and Samuel, 10 tahun.

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa